KD Pari dilucut tauliah selepas hampir lima dekad berkhidmat

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencatat detik bersejarah apabila Kapal Diraja (KD) Pari secara rasmi dilucut tauliah selepas berkhidmat lebih 49 tahun.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris berkata, upacara pelucutan tauliah kapal rondaan itu bukan sekadar menamatkan perkhidmatan aset lama, sebaliknya melambangkan proses transformasi TLDM ke arah pembentukan armada yang lebih moden dan berkeupayaan tinggi.

“KD Pari telah berkhidmat cemerlang dalam melaksanakan tugas rondaan di perairan Sabah dan Semenanjung dengan rekod pelayaran melebihi 397 juta batu nautika, selain terlibat dalam pelbagai operasi keselamatan serta latihan bersama kapal tempatan dan antarabangsa.

“Ia merupakan kapal pertama daripada skuadron ini yang dilucut tauliah pada tahun ini dan beberapa lagi kapal dijangka melalui proses sama secara berperingkat,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pelucutan Tauliah KD Pari di Pangkalan TLDM Sandakan, di sini, pada Jumaat.

Tambahnya, kapal berkenaan turut memainkan peranan penting dalam menyokong misi Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memastikan keselamatan perairan di pantai timur negeri ini.

Berdasarkan rekod, KD Pari dilancarkan pada 1975 di Limbungan Hong Leong-Lürssen, Butterworth, Pulau Pinang sebelum ditauliahkan secara rasmi pada 23 Mac 1977.

Menggunakan panggilan antarabangsa 9MJO dan nombor pennant 3510, kapal tersebut pada awalnya ditempatkan di bawah Skuadron Fast Attack Craft (Gun) bersama lima kapal ronda lain kelas Jerong iaitu KD Jerong (3505), KD Todak (3506), KD Paus (3507), KD Yu (3508) dan KD Baung (3509).

Pada 2019, skuadron itu ditukar kepada Skuadron Kapal Ronda Laju (SKRL 6) yang turut menggabungkan KD Serang (3502) dan KD Ganas (3503).

Kesemua kapal berkenaan kini berada di bawah naungan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) yang berpangkalan di Sandakan bagi melaksanakan tugas rondaan, khususnya di perairan Pantai Timur Sabah.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

Pelbagai kemudahan di Sarikei bakal dipertingkat, ekonomi baharu turut diteroka

Pelbagai kemudahan di Sarikei bakal dipertingkat, ekonomi baharu turut diteroka