Larangan kenderaan asing beli RON95 langkah wajar

PUTRAJAYA – Langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merangka peraturan baharu berhubung larangan pembelian petrol RON95 bersubsidi oleh kenderaan asing di stesen minyak adalah wajar dan sangat tepat dengan keadaan semasa.

Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Mohd Khair Ngadiron, berkata, langkah itu penting bagi memastikan subsidi petrol RON95 yang diperuntukkan kerajaan benar-benar dimanfaatkan rakyat Malaysia, selaras dengan prinsip keadilan sosial dan perlindungan pengguna.

Beliau berkata, kerangka perundangan sedia ada melalui Peraturan 12A Akta Kawalan Bekalan 1961 ketika ini hanya membolehkan tindakan diambil terhadap penjual, sekali gus mengehadkan keberkesanan penguatkuasaan terhadap pihak yang menyalahgunakan subsidi.

“Cadangan pengenalan peraturan baharu di bawah Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961, membabitkan larangan bukan saja terhadap penjualan malah pembelian, adalah langkah wajar bagi menutup jurang penguatkuasaan dan menangani ketirisan subsidi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyokong usaha merangka peraturan baharu untuk memperkukuh larangan pembelian petrol RON95 bersubsidi kenderaan berdaftar asing di stesen minyak.

Mohd Khair berkata, penyaluran subsidi tanpa kawalan berisiko membuka ruang kepada ketirisan sumber awam, penyalahgunaan pihak tidak layak serta beban fiskal yang akhirnya menjejaskan kepentingan pengguna domestik.

Katanya, langkah itu juga dilihat strategik dalam memastikan pasaran bekalan petrol kekal adil, telus dan mampan, selain mengukuhkan tadbir urus subsidi negara.

“Sebagai badan penasihat utama kerajaan dalam hal ehwal pengguna, MPPN akan terus menyokong dasar dan inisiatif yang melindungi hak pengguna tempatan, memperkukuh pengurusan subsidi serta meningkatkan keberkesanan mekanisme penguatkuasaan,” jelasnya.

Beliau menegaskan MPPN menggesa kerjasama semua pihak termasuk pengusaha stesen minyak dan pengguna bagi memastikan pelaksanaan dasar berkenaan berjalan lancar demi kepentingan rakyat dan negara.

Related Posts

Akta Sewa Beli 2026 berkuat kuasa esok, 11 institusi kewangan tawar pembiayaan baharu

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 entiti institusikewangan dan syarikat penyedia sewa beli telah bersedia sepenuhnya dan akan menawarkan pinjaman sewa beli berdasarkan pindaan peruntukan yang termaktub Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu menjadi sebuah Kota Baca dalam tempoh 20 tahun akan datang sekiranya agenda memartabatkan budaya ilmu diperkasa menerusi pelbagai inisiatif strategik, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji