Semua Ahli Parlimen diseru sokong pindaan undang-undang jenayah

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen perlu menerima perubahan dalam pembaharuan undang-undang jenayah bagi memastikan sistem perundangan negara mampu menangani cabaran baharu dalam era teknologi masa kini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, adalah penting untuk Kabinet menerima dan meluluskan pembaharuan itu tanpa mengira apa yang akan diputuskan Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Jenayah (CLRC).

Beliau berkata, ahli parlimen kini mesti memahami bahawa dunia sedang berubah dan negara mesti terus bergerak ke hadapan jika tidak mahu ketinggalan.

Katanya, jika sistem keadilan jenayah mengiktiraf bahawa mesti ada perubahan, sistem sivil turut mengiktiraf perlunya perubahan.

“Maka, pada tahun ini, ahli politik kita juga mesti mengiktiraf bahawa mesti ada perubahan. Perubahan itu bukan dari sudut politik, tetapi perubahan dalam cara kita melakukan sesuatu.

“Sebagai contoh, parti saya UMNO, dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, kita turut membincangkan penubuhan sekretariat digital kerana kita menyedari tidak lagi boleh berkomunikasi secara bersemuka sepenuhnya.

“Ini kerana keadaan bergerak terlalu pantas. Oleh itu, kita juga perlu mengubah cara kita menjalankan kempen pilihan raya.

“Jadi, pada akhirnya, saya berpendapat tanpa mengira apa yang akan diputuskan oleh jawatankuasa, perkara yang penting bagi Kabinet menerima dan meluluskannya, ahli parlimen hendaklah menerima perubahan ini kerana saya perlu membawa undang-undang berkenaan ke Parlimen,” katanya, lapor Berita Harian.

Azalina berkata demikian selepas Konvensyen Keadilan Jenayah dan Pembaharuan Undang-undang: Sistem Keadilan Jenayah dalam Era Baharu di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia, di Kuala Lumpur, hari ini.

Azalina berkata, pembaharuan perundangan itu akan bermula dengan sistem undang-undang jenayah, supaya ia sejajar dengan piawaian dunia yang sedang berubah.

Beliau berkata, setakat ini, ahli parlimen yang akan membahaskan undang-undang berkenaan, sama ada sebagai pembangkang atau bersama kerajaan memberikan reaksi positif yang mana beberapa akta membabitkan kesalahan seksual serta banyak pindaan lain diterima.

Katanya, dengan pencapaian awal itu, pihaknya berharap menjelang trimester sesi Parlimen, beberapa peruntukan dapat dibawa untuk dibahaskan oleh ahli parlimen dan senator, yang akan membawa perubahan untuk negara.

Sementara itu, Pengerusi CLRC, Tan Sri Harmindar Dhaliwal berkata, sejak Mac tahun lalu, pihaknya mengumpul banyak maklumat daripada pelbagai pihak berkepentingan berhubung pembaharuan undang-undang.

Beliau berkata, CLRC juga mengadakan sesi libat urus awam di Kuching, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur dan kesemua (maklumat) dihimpunkan menjadi satu senarai cadangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

Related Posts

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) menjalinkan kerjasama strategik bagi memperkukuh inisiatif serta program advokasi berkaitan Program Dasar Dadah Malaysia (DPPM). Langkah tersebut dizahirkan menerusi kunjungan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Veteran ATM disaran ceburi sektor pengangkutan selepas bersara

PUTRAJAYA – Bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disarankan terus menyumbang kepada ekonomi negara melalui peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan selepas tamat perkhidmatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai