Hujan lebat punca tanah runtuh di Taman Pyramid

LIMBANG – Hujan lebat berterusan sejak malam tadi mengakibatkan kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan Taman Pyramid, Jalan Kubong pada pagi Selasa.

Bagaimanapun, insiden tersebut disahkan tidak mendatangkan ancaman bahaya kepada penduduk setempat.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati runtuhan tanah berlaku di bahagian belakang kawasan perumahan tersebut.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang turut mengakibatkan sebatang pokok tumbang dan menjejaskan talian elektrik milik Syarikat SESCO Berhad (SESCO).

“Setakat ini, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa diterima. Kediaman terdekat berada pada jarak lebih kurang 10 meter dari kawasan runtuhan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Ramlan berkata, pihaknya telah memanjangkan laporan kejadian kepada Jawatankuasa Bencana Daerah Limbang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Limbang serta pihak SESCO.

Jelas beliau, langkah itu bagi membolehkan penilaian kestabilan struktur tanah dan pembaikan kabel elektrik dilakukan segera demi keselamatan penduduk sekitar.

Related Posts

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

PENAMPANG – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini semakin diiktiraf sebagai laluan utama dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri, kata Pegawai Latihan Vokasional, Mohd Sophian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah baharu apabila memeterai kerjasama strategik bersama Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) dan Construction Industry Development Board (CIDB) bagi membangunkan piawaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji