94.6% siap, Jambatan Batang Lupar 1 dibuka sebelum Gawai

SEBUYAU – Jambatan Batang Lupar No.1 yang dinanti-nantikan rakyat Sarawak dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang akhir Mei ini, bertepatan sambutan perayaan Gawai Dayak.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Aidel Lariwoo berkata, projek bernilai RM848.75 juta itu kini berada di fasa akhir pelaksanaan dengan tahap kemajuan fizikal mencapai 94.6 peratus.

Menurutnya, jambatan terpanjang merentasi sungai di Malaysia itu dijadual siap sepenuhnya pada 15 Mei depan.

“Projek ini berjalan lancar mengikut jadual biarpun terdapat sedikit isu teknikal di ‘Pier 52’ sebelum ini, namun ia berjaya diatasi dengan baik.

“Ia akan siap pada Mei. Ini bermakna sebelum perayaan Gawai, jambatan ini akan dibuka untuk kegunaan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan menyempurnakan simbolik ‘Final Stitching’ di tapak projek Kampung Beliong pada Isnin.

Mengulas lanjut, Aidel memberitahu, pembinaan Jambatan Batang Lupar 1 merupakan ‘game changer’ kepada infrastruktur negeri yang bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi serta memudahkan pergerakan penduduk khususnya di kawasan pesisir.

Jelas beliau, jambatan ini adalah sebahagian daripada rangkaian sembilan jambatan utama yang akan disiapkan tahun ini, sekali gus melengkapkan jaringan jalan raya di kawasan tengah dan pedalaman Sarawak.

“Apabila siapnya jambatan-jambatan ini, ia akan disokong oleh Lebuhraya Pan Borneo, Jalan Pesisir Pantai serta Lebuhraya Utama Kedua (Second Trunk Road).

“Kesemua rangkaian ini saling melengkapi, termasuk jalan penghubung (spur roads) yang menyambungkan Pan Borneo dan jalan pesisir, menjadikan perjalanan antara bahagian kini lebih singkat dan efisien,” ujarnya.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Datuk Dr Cassidy Morris dan Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

  • Related Posts

    Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

    KUALA KURAU – Tiga bot tunda Kelas (B) bersama sembilan kru warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) selepas disyaki melakukan pelbagai kesalahan di perairan Pulau Pasir Hitam, Perak,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lelaki miliki tiga rekod lampau ditahan curi kabel loji simpanan air Kabong

    SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di Loji Simpanan Air Kabong pada Selasa. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

    Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

    Pas perlu bentang pelan ekonomi jika mahu ambil alih Selangor – Pemuda AMANAH

    Pas perlu bentang pelan ekonomi jika mahu ambil alih Selangor – Pemuda AMANAH

    Anwar arah siasatan segera nahas lori Jabatan Imigresen, tiga sekeluarga maut

    Anwar arah siasatan segera nahas lori Jabatan Imigresen, tiga sekeluarga maut

    Lelaki miliki tiga rekod lampau ditahan curi kabel loji simpanan air Kabong

    Lelaki miliki tiga rekod lampau ditahan curi kabel loji simpanan air Kabong

    Wawasan tekad bawa aspirasi ‘Yang Berkhidmat’ pada PRN Sarawak – Affendi Jeman

    Wawasan tekad bawa aspirasi ‘Yang Berkhidmat’ pada PRN Sarawak – Affendi Jeman

    Rashford perlu tingkat kemampuan jika ingin kekal di United

    Rashford perlu tingkat kemampuan jika ingin kekal di United