SPRM sita aset RM9.7 juta, kereta mewah dalam siasatan libatkan ‘Tan Sri’

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita aset bernilai RM9.7 juta termasuk kenderaan mewah dan hartanah, susulan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana pelaburan berjumlah RM300 juta.

Sumber memaklumkan, rampasan itu membabitkan enam rumah bernilai RM6.54 juta, sebidang tanah bernilai RM1.8 juta serta dua kereta mewah dianggarkan bernilai RM1.35 juta.

Tindakan berkenaan dibuat selepas SPRM mengumumkan pembekuan 14 akaun bank, dengan jumlah keseluruhan baki masih dalam proses pengesahan oleh institusi kewangan.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang wanita bergelar ‘Datuk’ dibebaskan dengan jaminan semalam selepas direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Hari ini pula, seorang individu bergelar ‘Tan Sri’ yang ditahan sejak 22 Januari lalu dibebaskan pada jam 12 tengah hari.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkembangan terkini itu dan memaklumkan bahawa kenyataan sudah dirakam daripada 10 saksi setakat ini.

“Kami sedang mengenal pasti saksi lain bagi melengkapkan siasatan,” katanya, sambil menambah SPRM komited mempercepatkan siasatan berikutan kepentingan awam yang tinggi.

Memetik laporan NST, sumber berkata, siasatan tertumpu kepada dakwaan penyelewengan hampir RM300 juta yang dikumpulkan daripada kira-kira 1,700 pelabur antara tahun 2021 hingga 2024.

Dana berkenaan yang sepatutnya disalurkan kepada dua syarikat tertentu dipercayai telah digunakan bagi tujuan lain yang tidak dinyatakan dalam perjanjian pelaburan yang dimeterai bersama para pelabur.

Bagi membantu siasatan, SPRM turut menjalankan serbuan di lima premis sekitar Lembah Klang pada Rabu dan Khamis lalu, melibatkan kediaman serta pejabat berkaitan individu yang disiasat.

Kes berkenaan disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan salah guna kuasa dan pecah amanah melibatkan dana pelaburan awam.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI