SPR rekod lima kesalahan kempen PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan lima kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, daripada jumlah itu, empat kes berkaitan bahan kempen dan satu kes provokasi.

“Bagaimanapun, semua kes berkenaan berada dalam tindakan badan pemantau yang dilantik dan tidak melibatkan sebarang laporan polis,” katanya kepada media selepas melakukan tinjauan di PDM SK Bukit Garam I, di sini, pada Sabtu.

Mengenai peratusan keluar mengundi, Ramlan berkata, setakat pukul 11 pagi, Parlimen Kinabatangan merekodkan 33 peratus manakana DUN Lamag mencatatkan 30 peratus iaitu lebih rendah berbanding 37 peratus pada PRN Sabah sebelum ini.

“Faktor jarak PRK dan PRN yang terlalu hampir dipercayai menyumbang kepada penurunan jumlah pengundi termasuk kemungkinan pengundi yang berada di luar kawasan tidak pulang mengundi.

“Tapi kita masih lagi berharap supaya pengundi-pengundi mengambil kesempatan sebelah petang ini untuk keluar mengundi,” katanya.

Tegas Ramlan, pihaknya juga menyediakan prosedur atau SOP dan peruntukan undang-undang yang jelas bagi mendepani sebarang kemungkinan ketidakpuasan hati selepas keputusan diumumkan.

“SPR sebagai badan bebas akan menjalankan tugas yang sepatutnya dengan integriti memastikan proses pilihan raya ini berjalan dengan adil, telus dan tidak akan menimbulkan sebarang perkara yang berkaitan dengan keputusan yang bakal diumumkan,” ujarnya.

Menurutnya, 36 pusat mengundi telah dibuka pada pukul 7.30 pagi tadi melibatkan 117 saluran di seluruh Parlimen Kinabatangan dan akan ditutup mengikut masa ditetapkan sehingga 5.30 petang.

“Bagaimanapun terdapat beberapa pusat mengundi ditutup seawal pukul 12 tengah hari susulan sukar untuk diakses melalui jalan darat.

“Sebanyak lapan pusat mengundi akan menggunakan helikopter untuk membawa keluar peti-peti undi dan tujuh pusat mengundi akan menggunakan bot,” tambahnya.

Related Posts

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

KOTA KINABALU – Belanjawan 2027 perlu beralih daripada pendekatan pemberian bantuan kepada usaha membina keupayaan ekonomi rakyat dan negeri secara lebih menyeluruh serta berterusan. Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang tidak lagi terikat sepenuhnya kepada pemilik berdaftar merupakan langkah positif kerana lebih menepati realiti penggunaan kenderaan di Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China