Naim Moktar tunaikan tanggungjawab mengundi di SK Bilit

KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan apabila membuang undi dan jari telunjuk tangan kirinya dicalit dakwat kekal di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Bilit pada pukul 8.55 pagi Sabtu.

Pengundi di pusat pengundian berkenaan mula beratur seawal pukul 7 pagi, kira-kira 30 minit sebelum proses pengundian bermula secara rasmi pada pukul 7.30 pagi.

SK Bilit merupakan antara 25 pusat pengundian daripada keseluruhan 36 pusat pengundian di Parlimen Kinabatangan yang dijadualkan ditutup lebih awal.

Seramai 48,282 pengundi berdaftar di Parlimen Kinabatangan dan 13,703 pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dijangka keluar mengundi hari ini bagi memilih wakil rakyat baharu.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Bung Moktar Radin, pada 5 Disember lalu.

Bagi kerusi Parlimen Kinabatangan, pertandingan tiga penjuru menyaksikan pertembungan antara Mohd Naim Kurniawan Moktar (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).

Sementara itu, bagi kerusi DUN Lamag, calon BN, Mohd Ismail Ayob berdepan saingan satu lawan satu dengan calon Warisan, Mazliwati Abdul Malek.

Related Posts

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun kerana disyaki mencuri tujuh batang kayu engkabang di tepi jalan Kampung Hilir Kabong, di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM80 juta pada tahun ini bagi membaik pulih 99 lokasi kerap kemalangan di Jalan Persekutuan demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna. Menteri Kerja Raya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion