Miha selesai mengundi pukul 1.35 tengah hari

KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN) DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (Miha) selesai membuang undi kira-kira pukul 1.35 tengah hari di SK Bukit Garam II, pada Sabtu.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan petugas serta pengundi, sambil menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan proses pengundian berjalan lancar, teratur dan selamat.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Bung Moktar Radin, 5 Disember lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan Hari Mengundi Biasa pada Sabtu (hari ini) dengan 48,282 pengundi terlibat dalam proses pengundian bagi memilih wakil rakyat baharu Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.

Sebanyak 36 pusat mengundi membabitkan 117 saluran dibuka bermula pukul 7.30 pagi tadi dengan kebanyakan ditutup pukul 5.30 petang selain yang terawal pukul 12 tengah hari.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady