DBKL tetap RM400 sewa tapak bazar Ramadan

PUTRAJAYA – Kadar sewa tapak bazar Ramadan 2026 di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diturunkan daripada RM500 kepada RM400.

Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh berkata, pengurangan sebanyak RM100 itu bertujuan meringankan beban kos ditanggung penjaja kecil serta mengelak beban kewangan yang tidak munasabah.

“Kadar caj yang sama turut diwajibkan ke atas persatuan penjaja bagi meringankan kos penjaja kecil khasnya (yang berniaga) di bazar Ramadan di bawah seliaan DBKL,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata, kadar caj maksimum RM400 itu termasuk kanopi dan insurans liabiliti awam bagi melindungi penjaja daripada risiko kecederaan atau kerosakan harta benda awam semasa operasi perniagaan dijalankan.

Hannah menegaskan sebarang amalan menyewakan, jual beli tapak atau pengambilan untung berlebihan adalah dilarang sama sekali dan tindakan penguatkuasaan akan diambil tanpa kompromi terhadap pelanggaran termasuk melibatkan penganjur.

Penganjuran bazar Ramadan tahun ini akan diadakan di sembilan lokasi bawah seliaan DBKL, manakala 32 lokasi pula dikendalikan persatuan penjaja.

Beliau turut memaklumkan, bagi menjaga kualiti dan kawalan harga makanan di bazar, DBKL bersama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan membuat pemeriksaan setiap hari sepanjang Ramadan.

“Saya berharap bila kita turunkan kadar caj, peniaga juga akan munasabah dari segi harga makanan (yang dikenakan) kepada pelanggan warga Kuala Lumpur. Saya juga mahu persekitaran bazar sentiasa bersih,” katanya.

Sementara itu, Hannah berkata, sewa tapak bazar Ramadan 2026 bagi kawasan Putrajaya dikekalkan seperti sebelum ini, iaitu pada kadar RM1,000.

Hannah berkata, Kerajaan MADANI melaksanakan penambaikan menyeluruh terhadap penganjuran bazar Ramadan 2026 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaras dengan komitmen memperkukuh tadbir urus, melindungi kebajikan penjaja kecil serta menjaga kepentingan awam.

“Penganjuran bazar tahun ini berteraskan prinsip tersusun, telus, berintegriti dan adil melalui pengurusan yang jelas melibatkan kawal selia pihak berkuasa tempatan, penglibatan komuniti serta keutamaan kepada keselesaan pengguna,” katanya.

Related Posts

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

TAWAU – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 210 rumah daripada musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Titingan, pada Jumaat. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah