Tiga kampung di Indonesia kini dalam wilayah Malaysia

INDONESIA memaklumkan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara kini berada dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara.

Setiausaha Badan Nasional Pengurusan Sempadan Indonesia (BNPP), Komjen Polis Makhruzi Rahman berkata, perkara itu telah disahkan dalam mesyuarat bersama Suruhanjaya II Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia di Kompleks Parlimen, Senayan hari ini, lapor Kompas.

Jelasnya, perubahan tersebut berkait dengan penyelesaian beberapa Outstanding Boundary Problem (OBP) atau isu sempadan yang sebelum ini belum dimuktamadkan antara Indonesia dan Malaysia, khususnya melibatkan Pulau Sebatik yang terbahagi kepada dua pentadbiran negara.

Menurutnya, tiga OBP telah dipersetujui secara rasmi melalui pemeteraian memorandum persefahaman pada Mesyuarat Bersama Indonesia-Malaysia ke-45 yang berlangsung di Pulau Sebatik pada 18 Februari 2025.

“Perjanjian itu melibatkan titik sempadan B-2700, B-3000 serta kawasan Simantipal.

“Hasilnya, kira-kira 127 hektar di Pulau Sebatik disahkan kekal berada dalam wilayah Indonesia,” katanya.

Makhruzi turut memaklumkan, masih terdapat empat segmen OBP di sektor barat Kalimantan Barat yang belum diselesaikan sepenuhnya, iaitu di D-400, Gunung Rayan, Sibuan dan Batu Aum.

Kesemua kawasan itu kini berada pada peringkat tinjauan lapangan secara unilateral oleh pasukan teknikal perundingan Indonesia serta proses pertukaran maklumat bagi membincangkan terma rujukan (TOR) dan prosedur operasi standard (SOP).

Dalam perkembangan berkaitan, Makhruzi mengesahkan, terdapat tiga kampung di kawasan bekas OBP Sinapat dan Kecamatan Lumbis Hulu, Kabupaten Nunukan, yang sebahagian wilayahnya kini berada di bawah pentadbiran Malaysia.

Related Posts

Tun Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

PUTRAJAYA – Allahyarhamah, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali Yang menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi, akan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemergian Tun Hasmah: Negara kehilangan sosok inspirasi wanita

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menyifatkan pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai kehilangan besar kepada negara, khususnya wanita Malaysia. Beliau yang juga merupakan Ketua Wanita PKR berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Exco Negeri Sembilan mula tiba untuk beri keterangan kepada polis

Bekas Exco Negeri Sembilan mula tiba untuk beri keterangan kepada polis

Tun Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

Tun Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

Ubah stigma petani miskin, Sarawak integrasi teknologi AI dalam pertanian

Ubah stigma petani miskin, Sarawak integrasi teknologi AI dalam pertanian

Sarawak warta 7,000 hektar untuk penanaman padi, sasar geran padanan RM1 bilion

Sarawak warta 7,000 hektar untuk penanaman padi, sasar geran padanan RM1 bilion

Inisiatif Sarawak IFE iktiraf kemahiran 105 peserta luar bilik darjah, pacu laluan kerjaya