Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

KUCHING – Persatuan Hoki Kuching (KHA) melantik Desmond Labung sebagai presiden baharu bagi penggal 2026 hingga 2028. Beliau menggantikan Elis Mat yang telah memegang jawatan tersebut sejak tahun 2020.

Desmond berkata, kepemimpinan baharu kali ini akan memberikan penekanan serius terhadap pembangunan sukan hoki di Kuching, termasuk usaha menghidupkan semula kejohanan yang lebih kompetitif.

Menurutnya, fokus turut terarah kepada peningkatan profesionalisme dalam kalangan pentadbir sukan, jurulatih dan pengadil KHA serta memperluas kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa bagi memberi pendedahan kepada pemain.

“Saya berharap dapat meneruskan asas kukuh yang telah dibina sebelum ini bersama barisan jawatankuasa eksekutif yang baru dilantik.

“Kami merancang untuk memperkukuh program peringkat akar umbi dengan menubuhkan pasukan sokongan teknikal teras bagi memenuhi keperluan jurulatih di sekolah-sekolah sekitar Kuching, Samarahan, Bau dan Pedawan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Desmond turut menyeru bekas-bekas pemain, sama ada pernah mewakili Sarawak ataupun tidak, untuk tampil menyokong program anjuran KHA demi kemajuan sukan tersebut.

“Marilah kita bekerjasama untuk mengembalikan kegemilangan hoki di Kuching dan Sarawak secara keseluruhannya,” ujarnya.

Desmond memiliki pengalaman luas dalam pentadbiran hoki, termasuk pernah berkhidmat sebagai Pemangku Presiden Persatuan Bekas Pemain Hoki Sarawak (PBPHS) sejak 2019.

Dalam pemilihan bagi sesi 2026-2028 tersebut, jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Arthur Ray Jentry, manakala Ariff Omaroddin dipilih sebagai Setiausaha. Jawatan Bendahari pula digalas oleh Clement Tsai Kien Bin.

Barisan ahli jawatankuasa lain terdiri daripada Mohamad Azhar Bujang, Marzatilaswat Hamzah, Anderson Sigat, Muhamad Salwadi Mat Nor, Mohd Izzat Affi Mahmod dan Denna Chen Meling.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar