EU bantah rancangan Trump ‘ambil’ Greenland

DAVOS – Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) berikrar akan bertindak tegas tanpa kompromi terhadap ancaman Amerika Syarikat (AS) susulan rancangan Donald Trump, mengambil alih Greenland, wilayah autonomi milik Denmark.

Pemimpin Eropah yang berhimpun di Forum Ekonomi Dunia di Davos bersatu menentang pendekatan ‘America First’ Trump yang semakin agresif.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, memberi amaran bahawa tindakan Trump boleh menjejaskan hubungan AS–EU dan mencetuskan ketegangan berpanjangan.

Pemimpin EU dijadual mengadakan sidang kemuncak tergempar mengenai isu Greenland di Brussels pada Khamis.

Perdana Menteri Greenland, Jens-Frederik Nielsen pula memberi amaran penduduk wilayah itu perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman ketenteraan.

Trump berkata, dia bersedia mengadakan pertemuan di Davos bagi membincangkan isu itu, namun enggan menjelaskan sejauh mana langkah yang akan diambilnya.

“Kami ada banyak mesyuarat mengenai Greenland dan saya percaya perkara ini akan berjalan dengan baik,” katanya kepada pemberita.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyifatkan ancaman Trump untuk mengenakan tarif sehingga 25 peratus ke atas negara yang menentang rancangannya sebagai tidak boleh diterima.

Trump sebelum ini menegaskan Greenland penting untuk keselamatan AS, sambil mendakwa ia perlu dilindungi daripada ancaman Russia dan China.

Eropah kini mempertimbangkan langkah balas selepas Trump mengancam untuk mengenakan tarif ke atas beberapa negara Eropah, walaupun Washington memberi amaran tindakan balas itu tidak bijak.

Trump berkata, dia sudah berbincang dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Mark Rutte, mengenai isu Greenland dan bersetuju bertemu beberapa pihak di Davos.

Bekas Ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen, memberi amaran rancangan Trump itu mencetuskan krisis terbesar dalam sejarah NATO dan boleh menjejaskan susunan dunia.

Sementara itu, Nielsen berkata walaupun penggunaan kekuatan ketenteraan tidak dijangka, ia tidak boleh ditolak sepenuhnya kerana Greenland adalah sebahagian daripada NATO.

Related Posts

GSF sahkan semua kapal bantuan Gaza dirampas tentera rejim Zionis

PENGANJUR misi kemanusiaan ke Gaza, Global Sumud Flotilla (GSF), mengesahkan kesemua kapal dalam konvoi bantuan mereka telah dirampas oleh tentera rejim Zionis Israel pada Selasa. Menerusi satu kenyataan di aplikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sembilan kapal Flotilla Global Sumud dipintas, 16 rakyat Malaysia ditahan Zionis

SEMBILAN buah kapal dalam misi kemanusiaan Flotilla Global Sumud (GSF) yang dinaiki oleh 16 rakyat Malaysia disahkan telah dipintas oleh tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) pada Isnin setakat jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti