10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta.

Pengerusi MPP, Kaunselor Tan Kai berkata, penganjuran Bazar Ramadan yang bermula sejak tahun 2008 itu bertujuan memastikan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dapat dijalankan secara lebih teratur, terkawal dan sistematik.

Menurutnya, penganjuran bazar tersebut bukan sahaja menyediakan tapak perniagaan yang strategik kepada peniaga, malah berperanan sebagai platform interaksi sosial dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum sekali gus menyumbang kepada pengukuhan perpaduan komuniti setempat.

“Program ini juga memberi peluang kepada komuniti tempatan melaksanakan pengurusan kendiri selaras dengan konsep For The Community, By The Community,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tan Kai menjelaskan, Jawatankuasa Bazar Ramadan 2026 telah ditubuhkan bagi menyelaras penganjuran bazar di semua tapak terlibat dan dipengerusikan oleh Kaunselor Madhi Tomi, manakala Timbalan Pengerusi MPP, Kaunselor Mahmud Ibrahim bertindak sebagai penaung serta penasihat.

Daripada 10 tapak yang diluluskan, empat dikendalikan oleh pihak komuniti manakala enam lagi diuruskan oleh pihak swasta.

Empat tapak komuniti tersebut ialah Taman Malihah, Jalan Matang, Matang Jaya Commercial Centre, Jalan Matang, Sentosa Town Square, Kota Sentosa, serta Kota Padawan, Jalan Penrissen.

Sementara itu, enam tapak swasta melibatkan kawasan Supermarket Emart Batu Kawa, Supermarket Emart Matang, Prince Commercial Centre Batu Kitang, Lee Ling Commercial Centre, Swan Commercial Centre serta Plot 12 Batu Kawah New Township.

Bagi memastikan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan peraturan dipatuhi, MPP dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Jabatan Agama Islam Sarawak telah mengadakan sesi dialog serta taklimat kepada para penganjur.

Taklimat tersebut meliputi aspek kebersihan dan keselamatan makanan, kawalan harga serta pematuhan keperluan halal, selain pemantauan dan pemeriksaan berkala yang akan dijalankan sepanjang tempoh operasi bazar.

Dalam pada itu, Tan Kai turut merakamkan penghargaan kepada Central Coldstorage Kuching Sdn. Bhd. (CCK) yang sekali lagi tampil sebagai penaja utama Bazar Ramadan dalam kawasan pentadbiran MPP.

Beliau berharap kerjasama strategik tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat peniaga dan masyarakat setempat.

  • Related Posts

    MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

    KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan komitmen dan dasar nasional, bukan lagi dilihat sebagai isu sektoral membabitkan Sabah dan Sarawak…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

    KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi tadi.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

    Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

    Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

    Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

    MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

    MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

    MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

    MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

    Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

    Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

    Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

    Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak