STR Fasa 1 dikredit hari ini, manfaat lima juta penerima

PUTRAJAYA – Kerajaan mengagihkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara suku tahunan sebagai bantuan tambahan untuk meringankan beban kewangan rakyat, terutama ketika musim perayaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, STR melengkapkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang berperanan sebagai sokongan asas bulanan, memastikan penerima menerima bantuan konsisten dan berterusan.

“Penambahbaikan kepada STR, yang kini disepadukan dengan pelaksanaan SARA, memastikan golongan berkelayakan menerima bantuan lebih konsisten dan berkesinambungan dalam memenuhi keperluan asas.

“STR disediakan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan untuk memberi ruang kewangan pada waktu puncak seperti musim perayaan, manakala SARA berfungsi sebagai sokongan asas bulanan yang stabil,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, seramai lima juta penerima membabitkan 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan akan menerima STR antara RM100 dan RM500, mengikut kelayakan masing-masing, bermula hari ini.

“Seperti yang saya umumkan dalam Perutusan Tahun Baharu 2026, Kerajaan MADANI hari ini mula menyalurkan pembayaran STR Fasa 1 bagi tahun ini.

“Kerajaan MADANI giat memastikan setiap rakyat dapat hidup bermaruah, tanpa ada yang terpinggir dalam mengharungi tekanan kos sara hidup.

“Saya berharap bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima,” katanya.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak