SEDC perkasa usahawan menerusi PIBU Beluru

BELURU – Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak terus mempergiat usaha membangunkan usahawan tempatan menerusi pembukaan Pusat Inkubator dan Bimbingan Usahawan (PIBU) Beluru.

Majlis perasmian pusat berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi berkata, PIBU Beluru berperanan sebagai pusat sokongan keusahawanan yang menyediakan bimbingan, latihan serta bantuan pembangunan perniagaan.

“Inisiatif ini bertujuan membantu usahawan Bumiputera meningkatkan keupayaan dan daya saing perniagaan mereka, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat,” katanya ketika merasmikan pusat tersebut.

Menurutnya, penubuhan PIBU Beluru mencerminkan komitmen berterusan SEDC dalam melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan mampan, khususnya di kawasan luar bandar.

Ujarnya lagi, SEDC akan terus memainkan peranan utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif serta transformasi ekonomi negeri selaras dengan aspirasi menjadikan Sarawak sebuah negeri maju dan sejahtera.

Foto : Facebook SDEC Sarawak

Related Posts

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

MIRI – Lebih 100 peserta menyertai sesi libat urus (Town Hall) bagi membincangkan cadangan penubuhan Zon Ekonomi Khas rentas sempadan Miri-Kuala Baram-Kuala Belait (MKBs-SEZ) yang melibatkan sempadan wilayah Sarawak dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang