Agihan wang ihsan projek pembetungan ikut data JKKK

KUCHING – Pengagihan wang ihsan kepada 219 pemilik rumah yang terjejas akibat projek pembetungan di Petra Jaya dilaksanakan berpandukan senarai nama yang dikumpul Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), sebaik peruntukan diluluskan pada Oktober 2022.

Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Ir Irwan Zulkarnain Dato Muhammad Hasbie berkata, peruntukan tersebut merupakan inisiatif Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, yang membawa isu itu ke pengetahuan Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, usaha itu susulan lawatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke kediaman mangsa di Kampung Tunku pada Oktober 2021, yang kemudiannya meluluskan peruntukan tersebut pada tahun berikutnya.

Mengulas dakwaan seorang pengadu yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan pada Sabtu lalu berhubung kegagalan menerima wang ihsan, Irwan menjelaskan pertukaran hak milik rumah pengadu berlaku selepas proses pengumpulan data selesai.

“JKKK Kampung Tunku dipertanggungjawabkan mengumpul butiran pemilik rumah terlibat bagi tujuan pembayaran mengikut prosedur Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) Sarawak.

“Pemilik asal rumah terjejas telah membuat tuntutan sejak 2018. Dalam kes ini, pengadu membeli rumah daripada pemilik asal dan proses tukar hak milik hanya selesai pada 14 Disember 2022,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelas beliau, ketika proses tukar nama berlaku, data penerima (pemilik asal) telah pun dikemukakan kepada SDO dan cek diagihkan pada Januari 2023.

Irwan menambah, Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya telah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pengadu sejak 2023 bagi menjelaskan situasi sebenar dan individu terbabit pada asalnya memahami keadaan tersebut.

“Berhubung laporan polis yang dibuat pengadu pada 2024, semua pihak termasuk Pusat Khidmat, SDO dan JKKK telah memberi keterangan dan didapati tiada kes untuk diteruskan,” ujarnya.

Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya bertindak sebagai pemudah cara dalam menyelaras peruntukan Kerajaan Persekutuan, manakala JKKK membantu dokumentasi untuk urusan pengeluaran cek oleh SDO Sarawak.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

  • Related Posts

    Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

    KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

    TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

    Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

    Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

    Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

    Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

    Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

    Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

    Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

    Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

    Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

    Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

    Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian