Program santai perkukuh hubungan pemimpin dan rakyat di Julau

JULAU – Penganjuran Program Santai bersama penduduk Rumah Jentang Janting, Batu 17, Sungai Jikang di sini menjadi platform terbaik bagi merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Datuk Rolland Duat Jubin berkata, pendekatan bersemuka membolehkan setiap permasalahan di peringkat akar umbi didengar secara terus dan diteliti tanpa kekangan formaliti.

“Walaupun program berlangsung dalam suasana sederhana, ia memberi peluang kepada penduduk menyuarakan pandangan serta keperluan sebenar yang dihadapi dalam kehidupan seharian,” katanya ketika program tersebut pada Isnin.

Menurutnya, antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuan itu adalah masalah gangguan bekalan air yang kerap sehingga menjejaskan urusan harian penduduk.

“Saya mengambil maklum perkara ini. Kita berharap apabila kerja-kerja naik taraf Loji Air Julau siap kelak, bekalan air di kawasan ini akan lebih stabil pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rolland turut merakamkan penghargaan kepada penduduk atas kerjasama yang diberikan dan menegaskan komitmennya untuk terus menjaga kebajikan rakyat di kawasan berkenaan.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Brian Fung dan Pegawai Daerah Julau, Minggu Jampong.

Foto: Facebook ADUN N48 Meluan

Related Posts

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

SHAH ALAM – Kadar jenayah di Selangor terus menunjukkan trend penurunan sepanjang tahun ini hasil kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), masyarakat, agensi kerajaan serta sektor swasta dalam usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

KUANTAN – Kerajaan Pahang tidak mahu isu pokok tumbang di Janda Baik, dekat Bentong berlarutan dengan pertikaian mengenai pihak yang bertanggungjawab, sebaliknya mahu tindakan segera diambil bagi menangani perkara itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos