Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

MIRI – Pembentangan beberapa pindaan undang-undang utama pada sidang Parlimen kali ini membuktikan keseriusan Kerajaan MADANI dalam melaksanakan agenda reformasi institusi demi memperkukuh tata kelola negara.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, langkah berani kerajaan membawa usul-usul tersebut ke Dewan Rakyat wajar disambut baik kerana ia merupakan perubahan yang sekian lama dituntut oleh rakyat.

“Antara fokus utama reformasi perundangan kali ini ialah cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal dan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dengan Pendakwa Raya.

“Selain itu, penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat (FOI) dan RUU Ombudsman juga dilihat sebagai teras penting untuk memastikan pentadbiran yang lebih telus, berintegriti dan bebas salah guna kuasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Bangunan Parlimen.

Chiew yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya memberitahu, sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang bermula Selasa akan menjadi platform terbaik untuk Ahli Parlimen membahaskan hala tuju negara serta isu rakyat.

“Komitmen Kerajaan MADANI menterjemahkan agenda reformasi kepada rangka perundangan yang jelas adalah langkah tepat untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi awam,” ujarnya.

Foto: YB Tuan Chiew Choon Man

Related Posts

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

KOTA KINABALU – Rang Undang-Undang (RUU) Pewarisan Orang Islam 2026 yang diluluskan Kerajaan Sabah bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri menjadi langkah penting dalam memperkemas dan memodenkan perundangan Syariah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan