Disiplin fiskal MADANI, lebih relevan dan strategik

SEBELUM rasionalisasi dilaksanakan, perbelanjaan subsidi Malaysia mencecah sehingga RM81 bilion pada 2022. Suatu keadaan fiskal yang jelas tidak mampan.

Justeru, Kerajaan MADANI memilih pendekatan penstrukturan berasaskan data melalui subsidi bersasar bagi mengurangkan kebocoran dan meningkatkan kecekapan perbelanjaan kewangan kerajaan.

Data Kementerian Kewangan (MoF) menunjukkan subsidi pukal sebelum ini memberi manfaat tidak seimbang kepada kumpulan berpendapatan tinggi, khususnya subsidi bahan api.

Lebih 20 peratus teratas pengguna menikmati hampir separuh nilai subsidi.

Dalam konteks ini, penyasaran subsidi merupakan pembetulan terhadap ketidakseimbangan tersebut.

SARA pula perlu dinilai dari sudut kesannya secara ekonominya, bukan sekadar nilai nominal.

SARA direka agar apabila ianya dibelanjakan, ianya meningkatkan pusingan tunai dan menyokong kelangsungan perniagaan kecil.

Mekanisme berperingkat dan berulang ini memastikan rangsangan ekonomi kekal beredar secara domestik, sekali gus menstabilkan permintaan asas isi rumah B40 dan M40 bawah yang paling terkesan oleh inflasi makanan.

Golongan ini sebagai penerima manfaat terbesar.

Mengapa SARA lebih kepada pembelian bantuan asas secara pengkreditan?

Kerana, intervensi yang memfokuskan perbelanjaan asas adalah lebih tepat berbanding bantuan tunai secara berterusan tanpa kawalan penggunaan.

Di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, disiplin fiskal menjadi isyarat penting kepada pasaran.

Defisit fiskal negara kini menunjukkan trajektori penurunan yang konsisten, disokong oleh langkah mengawal perbelanjaan, merasionalisasi subsidi dan memperkukuh hasil negara.

Pendekatan ini meningkatkan keyakinan pelabur, dengan aliran masuk FDI kekal kompetitif dan penarafan kredit negara dipertahankan.

Walaupun nilai ringgit dipengaruhi faktor global seperti dasar monetari Amerika Syarikat, asas domestik yang lebih kukuh melalui defisit terkawal, hutang berdisiplin dan dasar fiskal yang jelas berfungsi sebagai faktor penampan utama.

Kesimpulannya, pendekatan Kerajaan MADANI merupakan kaedah yang boleh diukur dan dinilai secara positif.

Subsidi bersasar mengurangkan ketirisan, SARA menggerakkan ekonomi mikro secara langsung, dan disiplin fiskal mengukuhkan keyakinan pelabur serta kestabilan makroekonomi.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak