Bayern bangkit tewaskan Leipzig 5-1

PENDAHULU Bundesliga, Bayern Munich bangkit daripada ketinggalan satu gol, meledak tiga gol dalam enam minit, untuk membelasah tuan rumah RB Leipzig 5-1 bagi mengekalkan kelebihan 11 mata di puncak Bundesliga.

Pasukan pelawat, yang menyaksikan Jamal Musiala membuat kemunculan singkat sebagai pemain gantian serta mencipta bantuan gol terakhir selepas pulih daripada patah kaki dan buku lali Julai lalu, menjaringkan kesemua lima gol di babak kedua untuk mengekalkan rekod tanpa kalah liga musim ini serta mengumpul 50 mata.

Ini hanya kali kedua Bayern menjaringkan lima gol selepas ketinggalan di babak pertama dalam aksi Bundesliga di tempat lawan.

Kali pertama berlaku pada tahun 1976 ketika menang 6-5 ke atas VfL Bochum.

Borussia Dortmund berada di tangga kedua pada 39 mata selepas menewaskan St Pauli 3-2, manakala Leipzig jatuh ke tangga keempat dengan 32 mata.

“Leipzig mencetus banyak masalah buat kami di babak pertama. Mereka jelas pasukan lebih baik. Ia terasa seperti mereka dua kali ganda lebih bagus berbanding kami.

“Tetapi di babak kedua, pemain memberikan segalanya. Kami berlari enam kilometer lebih jauh. Ia mentaliti lama – menang pertarungan satu lawan satu, berlari, mara ke depan.

“Kami tidak takut dan benar-benar mencuba,” kata pengendali Bayern, Vincent Kompany.

Related Posts

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

REKOD sempurna Arsenal dalam semua pertandingan musim ini akhirnya lebur apabila juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dibelasah Brighton & Hove Albion 0-3 di Amex, malam tadi. Skuad kendalian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

HARRY Kane meledak dua gol ketika Bayern Munich membelasah Union Berlin 7-0, awal pagi tadi, sekali gus menjadi pemain terpantas mencapai 100 gol dalam Bundesliga. Kane menjaringkan gol ke-100 dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan