UMNO kalau nak berubah kena bersungguh, rakyat tidak lagi termakan retorik politik

KUALA LUMPUR – UMNO perlu membuktikan kesungguhannya kepada rakyat dalam melakukan perubahan, di samping melakukan transformasi dan membuka ruang untuk suara akar umbi.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata ini seiring hasrat parti untuk tidak lagi berpaut pada nostalgia, sebaliknya berada dalam fasa politik realiti.

“Pengundi tidak mudah termakan dengan retorik politik, sebaliknya mahu melihat peluang dan apa yang kita boleh tawar pada masa hadapan. Kini bukan masa bersentimen tetapi untuk rakyat melihat ‘performance’ (prestasi). Wanita faham dan terima hakikat ini.

“Kita semua terutamanya kami di wanita UMNO nak tengok parti kembali dihormati, disegani dan yang paling penting,
tidak terdedah kepada fitnah.

“Perjuangan UMNO tidak pernah layu dimamah zaman. Tidak pernah luntur walau diuji badai,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Jumaat.

Turut hadir sama, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh; Ketua Puteri, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Dalam pada itu, Noraini berkata, Wanita menyambut baik harapan Ahmad Zahid yang mahu menjadikan UMNO sebagai Rumah Bangsa dan menyifatkannya sebagai agenda berani demi perpaduan masyarakat Melayu.

“Wanita UMNO akan memberi sokongan padu untuk menjayakan agenda itu, selain akan menggembeling usaha dan tenaga menarik semula sokongan daripada semua lapisan masyarakat.

“Kami percaya, ‘Rumah Bangsa’ ini adalah wahana baharu UMNO untuk menjadi tempat berteduh bagi seluruh kekuatan umat Melayu,” kata Menteri Perladangan dan Komoditi itu.

Sementara itu, Noraini berpandangan, Wanita UMNO juga mengalu-alukan cadangan mewujudkan sekolah digital, bertujuan memperkukuh jentera parti terutama di platform media sosial.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong memaklumkan, pandangan itu disifatkan penting, selain menjelaskan Wanita UMNO akan memfokuskan dua pendekatan iaitu ‘heartware’ yang membawa makna sentuhan hati, sentuhan perasaan dan rakyat.

“Seterusnya, ‘hardware’ iaitu kekuatan teknologi. Kekuatan ini perlu diperkasa. Kita perlu ada kekuatan hardware dan perlu kuasai teknologi.

“Wanita UMNO akan menubuhkan skuad khas digital sebagai barisan hadapan bagi menghadapi peperangan di dunia siber. Wanita tidak boleh kalah, tak boleh lagi tewas dalam persaingan media sosial ini,” katanya.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP