Ada pihak cuba usik garis merah, cipta perasaan ‘sakit hati’ biar UMNO keluar kerajaan

KUALA LUMPUR – Wujud tindakan oleh parti tertentu yang mahu UMNO keluar dari Kerajaan Perpaduan berikutan pelbagai usaha dilakukan mereka selama ini sering ditentang UMNO.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, jika UMNO dan BN memilih untuk keluar, maka ia akan membuatkan parti tertentu itu lebih bebas dalam mengambil tindakan dan meneruskan agenda mereka dalam kerajaan.

Beliau berkata, UMNO perlu mengambil pendekatan dengan berfikir mesti panjang, bertindak mesti bijak dan dengan strategik yang betul, seperti pesanan orang-orang lama.

“Saya yakin dan percaya, ini pandangan saya bahawa tangan-tangan gatal yang sedang cuba untuk mengusik garis merah itu dibuat dengan sengaja.

“Kerana ada pihak yang rasa amat sakit hati, merasakan keberadaan UMNO sebagai ‘duri dalam daging’ kepada mereka… kerana apa? Kerana apa yang mereka nak bawa itu kita sudah bantah… apa mereka mahu buat, kalau UMNO tak setuju dalam Kabinet, maka Kabinet tak setuju.

“Ini yang mereka rasa amat sakit hati. Apatah lagi apabila mereka kalah tanpa menang satu pun kerusi di (Pilihan Raya Negeri/PRN) Sabah, jadi berbagai usaha dibuat untuk menaikkan emosi (kemarahan) kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, usaha menaikkan kemarahan orang UMNO dibuat dengan harapan akhirnya ia akan membawa kepada tuntutan supaya parti meninggalkan Kerajaan Perpaduan.

“Orang Melayu mudah melenting, maka (mereka anggap) UMNO akan keluar kerajaan. Bersoraklah mereka kalau UMNO keluar dari kerajaan, ini pun yang mereka mahu.

“Maka, berulanglah kembali kerajaan PH 1.0 di mana mereka dengan sewenang-wenang membuat apa saja yang mereka suka kerana tidak ada suara akan membantah dan membangkang dalam apa juga yang mereka mahu lakukan.

“Hari ini jika Tabung Haji tidak dipaksa jual tanah di TRX, harganya sudah lima kali ganda nilainya. Hotel Tabung Haji dijual tanpa sesiapa cakap apa-apa, ladang-ladang Tabung Haji dijual begitu saja,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, UMNO bersama dalam Kerajaan Perpaduan hari ini bagi menguruskan negara, bukan untuk bergabung dengan sesiapa.

“Kita jangan terpijak kulit pisang kali kedua. Orang tuduh kita UMDAP ke apa, itu memang direka cipta untuk memarahkan kita. Peduli apa. UMNO ini kalau Melayu bersatu, British pun kita halau pada 1957,” katanya.

Related Posts

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman