STR Fasa 1: Bantuan mula dikredit 20 Januari

PUTRAJAYA – Sejumlah RM1.1 bilion diperuntukkan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 yang akan dikreditkan bermula 20 Januari ini.

Peruntukan itu bakal memanfaatkan 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan yang akan menerima RM100 hingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF), bagi mengurangkan risiko keciciran, permohonan baharu dan rayuan STR dibuka sepanjang tahun melalui portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Tambahnya, kelayakan STR adalah berdasarkan had pendapatan seperti ditetapkan, namun proses semakan dan verifikasi dengan pelbagai agensi kerajaan akan dilaksanakan bagi mengesahkan kelayakan pemohon.

“Bagi pemohon baharu STR, selain daripada had pendapatan, semakan berkala akan diadakan setiap suku tahunan untuk menyemak pemilikan kediaman, pemilikan kenderaan, pemilikan perniagaan, serta rekod bekerja atau menetap di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, semua pemohon bertanggungjawab memberikan maklumat tepat dan benar dalam permohonan mereka.

Sekiranya didapati wujud maklumat palsu atau tidak tepat, tindakan undang-undang boleh diambil dan kerajaan juga berhak menarik balik mana-mana bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Dalam pada itu, MOF berkata, bagi memastikan inisiatif kerajaan dapat mengurangkan beban kos sara hidup secara lebih berkesan, pemberian STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026 telah disusun semula.

Di bawah penambahbaikan itu, lebih 8 juta rakyat layak menerima bantuan SARA secara bulanan, termasuk 400,000 daripada kalangan miskin dan miskin tegar berdasarkan pangkalan data eKasih; menjadikan SARA sebagai bentuk bantuan asas yang menyediakan sokongan berterusan kepada rakyat.

STR pula diberikan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan, disasarkan kepada isi rumah dan warga emas tiada pasangan berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan, termasuk golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan eKasih.

Pendekatan bersepadu itu katanya, memastikan bantuan bersasar dapat disalurkan secara lebih teratur, stabil dan berkesan, di samping memberi ruang kewangan tambahan pada waktu keperluan puncak seperti musim perayaan.

Peruntukan keseluruhan STR dan SARA bagi tahun 2026 berjumlah RM15 bilion, kekal yang tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.

“Kerangka Ekonomi MADANI mendambakan lantai kehidupan rakyat dinaikkan agar semua mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

“Apakala rakyat terbela dan keperluan asas dipenuhi, nescaya siling ekonomi dapat kita naikkan bersama dengan lebih bermaya dan lestari,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

PUTRAJAYA – Langkah pelaksanaan syarat pengesahan umur bagi pembukaan akaun media sosial disifatkan langkah penting dalam memperkukuh keselamatan pengguna digital, khususnya golongan muda. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memaklumkan, tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Semua jabatan dan agensi kerajaan disarankan mencontohi acuan serta langkah Jabatan Imigresen (Imigresen) yang mendedahkan secara terbuka tindakan pemecatan terhadap 77 pegawainya sejak 2022. Ahli Institut Integriti Malaysia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN