SPRM jumpa MINDEF Rabu depan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggunakan kuasa sedia ada bagi menilai serta memberi nasihat kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF) berkaitan isu rasuah dan kelemahan tadbir urus yang dikenal pasti.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, beliau dijadualkan bertemu dengan pihak MINDEF pada Rabu depan bagi membincangkan perkara berkenaan secara menyeluruh.

Pertemuan itu susulan kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang menegaskan komitmen untuk membersihkan sebarang isu rasuah dan kelemahan tadbir urus dalam kementerian berkenaan.

“SPRM menyambut baik pendirian itu dan bersedia bekerjasama dengan kementerian berkenaan berdasarkan peruntukan Seksyen 7C Akta SPRM 2009 yang memberi kuasa kepada SPRM untuk menasihati serta menjalankan kajian berkaitan kelemahan tatakelola dalam mana-mana organisasi,” katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.

Azam berkata pertemuan itu akan melibatkan Mohamed Khaled serta Ketua Setiausaha MINDEF, dengan perbincangan tertumpu kepada beberapa perkara utama, termasuk isu yang sedang disiasat SPRM.

Beliau menambah, perbincangan itu turut akan membincangkan hala tuju serta langkah pembaikan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berdasarkan hasil siasatan dan maklumat yang telah dikumpulkan sebelum ini.

Katanya, tumpuan SPRM adalah pada isu rasuah, tadbir urus serta penambahbaikan sistem di MINDEF, khususnya urusan perolehan dan perkara lain yang berada di bawah bidang kuasa suruhanjaya itu.

“Isu dalaman kementerian yang tidak berkait rasuah boleh ditangani oleh pihak kementerian sendiri, SPRM akan menumpukan kepada tanggungjawab membantu kerajaan membetulkan sebarang kelemahan atau kesilapan yang dikenal pasti,” katanya.

Azam menekankan bahawa kunjungan itu bukan sekadar bersifat protokol, sebaliknya sebahagian daripada peranan SPRM dalam memastikan prinsip integriti serta amalan tadbir urus yang baik terus diperkukuh dalam agensi kerajaan.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemui meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemui meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan