PRK Kinabatangan: BN optimis menang semula melalui jelajah menyeluruh

KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Kurniawan Naim Moktar berkata, beliau meneruskan siri jelajah kempen meliputi kawasan pulau dan daratan bagi memperkukuh sokongan serta memastikan Parlimen Kinabatangan kekal milik BN.

“Saya meneruskan siri jelajah kempen daripada pulau hingga ke darat untuk memastikan kita dapat mengulangi sekali lagi Parlimen Kinabatangan ini milik BN.

“Bukan mudah untuk mengalas tugas yang dijalankan sekian lama oleh Yang Berhormat (YB) Allahyarham Datuk Bung Moktar.

“Hari ini perjuangannya kita akan teruskan,” katanya semasa meninjau Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bilit, pada Khamis.

Beliau berkata, jika dilihat kepada situasi di beberapa Parlimen lain, PDM Bilit merupakan antara PDM yang terkecil di Kinabatangan dan lebih istimewa ia merupakan tempat kelahiran mantan Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

“Allahyarham Datuk Bung Moktar merupakan seorang tokoh yang istimewa, pemurah serta sangat mengambil berat tentang tempat kelahirannya.

“PDM ini kalau kita lihat, lebih daripada PDM-PDM yang lain, masyarakatnya pun lebih dekat bersama Allahyarham Datuk Bung Moktar.

“Masa saya kecil pun sedikit sebanyak dihabiskan di kampung ini bersama dengan rakyat-rakyat dan keluarga yang lain,” kongsinya.

Tambah Naim, Kerajaan Perpaduan Sabah mewakilkan BN untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan bagi Parlimen Kinabatangan dan Mohd Ismail Ayob (MIHA) bagi calon DUN Lamag.

“Tugas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu masih dijalankan sehingga empat atau lima tahun yang akan datang.

“Kalau di peringkat Parlimen ini, kemungkinan tahun depan atau tahun ini Parlimen sudah berubah dan tugas saya pun tidak selama seperti ADUN-ADUN yang baru tuan-tuan pilih selama ini,” ujarnya.

Related Posts

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah tegaskan belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung penggunaan logo atau bentuk kerjasama politik yang akan digunakan pada pilihan raya akan datang. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

LIMBANG – Seorang lelaki dilaporkan terlibat dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah motosikal di Jalan Poyan Jaya di sini, pagi tadi. Menurut Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Limbang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak