KMKK tonggak keharmonian dan keselamatan komuniti

Oleh: Tengku Majid

MUKAH – Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) disifatkan sebagai tonggak utama dalam memastikan keharmonian, keselamatan serta kelancaran pentadbiran di peringkat akar umbi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine.

Menurut beliau, KMKK memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan, malah sebagai barisan hadapan dalam menangani isu-isu komuniti termasuk kebajikan penduduk dan pengurusan bencana.

“KMKK berada paling hampir dengan rakyat. Mereka yang pertama mengetahui situasi di lapangan dan mampu bertindak pantas, khususnya ketika berlaku kecemasan seperti banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Aspirasi Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi kawasan DUN N.57 Tellian dan DUN N.58 Balingian di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Bahagian Mukah, pada Khamis.

Seramai kira-kira 200 peserta terdiri daripada ketua masyarakat, ketua kaum dan pemimpin komuniti menghadiri program berkenaan.

Royston turut menegaskan bahawa kerjasama erat antara KMKK tanpa mengira sempadan DUN dan daerah amat penting bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

“Kita tidak boleh bergerak secara berasingan. Isu di satu kawasan akan memberi kesan kepada kawasan bersebelahan. Oleh itu, semangat bekerjasama dan komunikasi yang baik dalam kalangan KMKK perlu diperkukuh,” katanya.

Beliau turut memuji inisiatif dan komitmen KMKK yang memainkan peranan aktif dalam pengurusan awal bencana banjir di beberapa kawasan, termasuk usaha memindahkan penduduk dan menyediakan pusat pemindahan sementara secara sukarela.

Dalam pada itu, beliau berharap program seumpama ini dapat dijadikan platform berterusan bagi memperkasa kepimpinan akar umbi serta menyelaraskan peranan KMKK dengan pentadbiran daerah dan agensi kerajaan.

Program tersebut turut diisi dengan sesi penerangan berkaitan peranan dan tanggungjawab KMKK serta penyerahan sijil lantikan kepada ketua masyarakat dan ketua kaum yang baharu dan disambung perkhidmatan.

Turut hadir, ADUN N.58 Balingian Abdul Yakub Arbi, Timbalan Residen Bahagian Mukah Safrie Saili dan Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip.

Related Posts

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

SHAH ALAM – Hampir 100 kedai milik pendatang asing tanpa izin (PATI) kini dalam perhatian Kerajaan Selangor. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, warganegara yang turut bersekongkol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas