Lebih 60,000 murid, pelajar mula terima kit Tunas Makmur

KUANTAN – Kerajaan Pahang meneruskan pelaksanaan Program Tunas Makmur tahun ini bagi membantu pelajar sekolah rendah dan menengah, khususnya daripada golongan miskin dan miskin tegar.

Program di bawah Inisiatif Makmur Pahang yang bermula sejak 2022 itu menyediakan set bantuan peralatan pembelajaran bernilai RM100 lengkap dan berjenama termasuk beg sekolah, alat tulis serta kelengkapan pembelajaran.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi pelajar sekolah menengah, mereka turut menerima kalkulator saintifik dan set geometri.

Menurutnya, sebagai penambahbaikan tahun ini, kerajaan negeri turut memperkenalkan baucar pakaian sekolah bernilai RM100 yang boleh ditebus di Pasaraya Sakan, Pusat Pakaian Hari-Hari, MBS Bookstore dan Rex Trading.

“Seramai 68,000 pelajar dijangka menerima manfaat program ini melibatkan semua pelajar tahun satu serta pelajar miskin tegar dari tahun dua hingga tingkatan lima.

“Inisiatif ini melibatkan siling peruntukan keseluruhan RM14.8 juta,” katanya melalui kenyataan.

Wan Rosdy sebelum itu hadir menyempurnakan sesi penyampaian kit Tunas Makmur kepada 130 murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bentong, Bentong, pagi tadi.

Tambah beliau, bantuan kit Tunas Makmur disampaikan secara serentak pada hari pertama persekolahan di semua sekolah seluruh Pahang.

Bagi pelajar di sekolah dalam kawasan Parlimen Paya Besar, mereka turut menerima kit Tunas Makmur yang disampaikan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, mulai pagi tadi.

Penyelaras DUN Panching, Hasrul Afizan Mohd Din menyerahkan kit Tunas Makmur kepada kira-kira 80 pelajar dalam satu majlis ringkas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan.

Beliau memaklumkan, pelajar daripada 13 sekolah rendah dan menengah dalam DUN Panching menerima kit berkenaan bermula hari ini.

“Ini adalah inisiatif berterusan daripada kerajaan Pahang yang diperkenalkan Datuk Seri Menteri Besar sejak tahun 2022.

“Adalah menjadi harapan kita supaya sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pelajar dan murid yang menerimanya,” katanya.

Sementara itu di SMK Lepar Hilir, penyerahan kit Tunas Makmur dilakukan Penyelaras DUN Lepar, Mustaqim Zakaria.

Beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru sekolah itu mengagihkan kit berkenaan bermula jam 8 pagi.

Lebih 1,000 pelajar dan murid dari DUN Lepar menerima kit berkenaan.

Dalam pada itu, bagi kawasan DUN Sungai Lembing pula, majlis pengagihan kit Tunas Makmur disempurnakan Penyelaras DUN berkenaan, Datuk Safariah Awang Ngah di SMK Bukit Goh.

Selain kit Tunas Makmur, kerajaan Pahang turut menyediakan kad diskaun Tunas Makmur untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

Menerusi kad diskaun berkenaan, pelajar boleh boleh berbelanja di MBS Bookstore cawangan seluruh negeri Pahang dengan diskaun sehingga 30 peratus.

Related Posts

JPN Bera ziarah warga emas, urus penggantian MyKad secara percuma

BERA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bera mengadakan lawatan prihatin ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini, hari ini bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada penghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FKAT 2026: Penyertaan empat delegasi antarabangsa, sasar lebih 50,000 pengunjung

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2026 yang memasuki edisi ke-11 tahun ini menerima penyertaan empat delegasi antarabangsa iaitu dari Uzbekistan, Kazakhstan, Kemboja dan Indonesia. Presiden Majlis Perbandaran Tawau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos