Sarawak pertingkat kesiapsiagaan hadapi gelombang kedua banjir

KUCHING – Sarawak memperkukuh tahap kesiapsiagaan semua agensi dan jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat bahagian serta daerah bagi menghadapi kemungkinan banjir lebih buruk, susulan jangkaan hujan lebat dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pengalaman menguruskan insiden banjir pada awal minggu ini telah memberi banyak pengajaran penting, khususnya dalam aspek pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sebanyak 10 PPS dibuka di Kuching semasa kejadian banjir tersebut dengan pengurusan keseluruhan pusat berkenaan disifatkan memuaskan.

“Setakat ini, kita amat berpuas hati dengan pengurusan PPS di Kuching semasa banjir baru-baru ini,” katanya kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) selepas mempengerusikan Mesyuarat JPBN di Wisma Bapa Malaysia pada Selasa.

Mengulas lanjut, Uggah berkata, antara langkah penambahbaikan yang telah dikenal pasti termasuk penyediaan senarai tugas yang lebih terstruktur semasa proses pemindahan mangsa, penyediaan bekalan makanan dan keperluan asas serta pemeriksaan kesihatan oleh jabatan perubatan.

Jelasnya, ia turut melibatkan kerja-kerja pencegahan denggi melalui semburan asap oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tambahnya, semua peralatan dan fasiliti di PPS juga perlu dipastikan lengkap dan berada dalam keadaan baik bagi menjamin keselesaan mangsa yang terjejas.

“Matlamat kita adalah untuk memastikan PPS berada dalam keadaan selesa.

“Mangsa sudah berada dalam situasi yang sukar, jadi kita tidak mahu ketidakcekapan pengurusan menambah lagi kesulitan mereka,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan yang kerap dilanda banjir supaya sentiasa bersiap sedia dan mematuhi arahan pemindahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

“Apabila diarah, mereka mesti berpindah kerana matlamat utama kita adalah memastikan keselamatan,” katanya.

Sementara itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan memantau kawasan penempatan yang ditinggalkan bagi memastikan keselamatan harta benda penduduk terjamin.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datuk Felicia Tan Ya Hua; Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD), Datuk Chiew Chee Yau serta Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Abdul Wahab Rahim.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu