EU bimbang keadaan kemanusiaan Gaza terus merosot

KESATUAN Eropah (EU) menggesa Israel supaya membenarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa beroperasi di Gaza bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan yang menyelamatkan nyawa kepada penduduk Palestin.

Dalam kenyataan bersama, Ketua Dasar Luar EU, Kaja Kallas bersama Pesuruhjaya Hadja Lahbib dan Dubravka Suica berkata, keadaan kemanusiaan di Gaza terus merosot dengan kedatangan musim sejuk, termasuk hujan lebat, suhu rendah serta kekurangan tempat perlindungan selamat, lapor Anadolu.

Menurut mereka, kanak-kanak masih tidak dapat bersekolah manakala kemudahan kesihatan pula hampir tidak berfungsi berikutan kekurangan kakitangan dan peralatan perubatan.

EU menegaskan bantuan kemanusiaan tidak dapat disampaikan pada skala diperlukan tanpa penglibatan NGO antarabangsa, sambil memberi amaran bahawa sekatan terhadap organisasi berkenaan akan membawa kesan serius kepada penduduk awam.

Majlis Eropah turut menekankan keperluan penyaluran bantuan secara pantas, selamat dan tanpa halangan ke Gaza, selain menggesa Israel supaya tidak meneruskan pelaksanaan undang-undang berkaitan pendaftaran NGO yang boleh menjejaskan operasi kemanusiaan.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump tangguh rancangan serang Iran

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membatalkan rancangan melancarkan serangan ketenteraan ke atas Iran dengan alasan bagi memberi ruang kepada Teheran dan beberapa negara di Asia Barat memuktamadkan rangka kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur