Air Selangor galak pengguna manfaatkan fungsi ‘Lapor Kebocoran’

Oleh: MK MUBIN

PETALING JAYA – Air Selangor menggalakkan orang ramai memanfaatkan fungsi ‘Lapor Kebocoran’ menerusi aplikasi Air Selangor 2.0 dan laman web rasmi sebagai langkah proaktif membantu mengurangkan pembaziran air serta mempercepatkan kerja pembaikan di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut Air Selangor, fungsi tersebut membolehkan pengguna melaporkan pelbagai isu berkaitan kebocoran air termasuk paip pecah, paip bocor, meter air bocor serta aktiviti sambungan paip secara haram yang boleh menjejaskan bekalan air kepada pengguna lain.

“Kerjasama orang ramai amat penting bagi memastikan sebarang kebocoran dapat dikenal pasti dan ditangani dengan lebih cepat, sekali gus mengurangkan kehilangan air terawat dan menjimatkan sumber air,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, setiap laporan yang diterima melalui platform digital berkenaan akan disalurkan terus kepada pasukan operasi bagi tindakan susulan, termasuk pemeriksaan tapak dan kerja pembaikan mengikut tahap keutamaan.

Air Selangor turut mengingatkan bahawa kebocoran yang tidak dilaporkan bukan sahaja menyebabkan pembaziran air, malah berpotensi menjejaskan tekanan bekalan serta menambah kos operasi.

Maklumat lanjut mengenai fungsi Lapor Kebocoran dan inisiatif berkaitan boleh didapati melalui aplikasi Air Selangor 2.0 atau laman web rasmi Air Selangor.

Related Posts

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

RAUB – Pahang mempunyai kekuatan untuk muncul sebagai peneraju sektor pertanian negara apabila menjadi penyumbang kedua terbesar sektor berkenaan pada 2024 dengan nilai pengeluaran melebihi RM25 bilion. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

MUKAH – Keunikan seni budaya bertindak sebagai ejen penyatuan apabila lebih 500 pengunjung pelbagai latar belakang membanjiri Dewan Suarah Mukah bagi menjayakan Pesta Tarian Naga dan Tarian Singa 2026. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI