Bantuan segera disalur ke SK Rampayan susulan banjir

KOTA KINABALU – Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib mengumumkan penyaluran bantuan segera kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Rampayan, Manggatal yang terjejas akibat bencana banjir sejak dua hari lalu hingga semalam.

Bantuan ini disalurkan setelah lawatannya ke sekolah berkenaan bagi meninjau tahap kerosakan serta memastikan sesi persekolahan murid tidak terjejas.

James berkata, hasil pemantauan mendapati kerosakan melibatkan perabot, peralatan teknologi maklumat serta kemudahan bilik guru, yang memerlukan tindakan segera sebelum sesi persekolahan diteruskan.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk menggantikan 300 meja dan kerusi murid, 10 komputer, sebuah pencetak serta 40 meja dan kerusi guru.

“Semua bantuan dan kelengkapan berkenaan perlu dibekalkan segera serta dihantar ke sekolah ini sebelum pembukaan sesi persekolahan pada Isnin minggu hadapan bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan kelangsungan pembelajaran murid,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Selain SK Rampayan, beberapa sekolah lain turut dikenal pasti terjejas akibat bencana banjir.

Beliau menegaskan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan murid dan guru sentiasa terpelihara, khususnya dalam situasi bencana.

“Kementerian akan terus memantau keadaan dan menyalurkan bantuan sewajarnya mengikut keperluan semasa,” ujarnya.

Menteri turut memaklumkan bahawa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kementerian akan digerakkan bagi menyalurkan bantuan segera kepada sekolah-sekolah yang terjejas sebagai sokongan tambahan kepada usaha pemulihan.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak