Amanat tahun baharu PMX bukti Kerajaan MADANI komited membina negara berprinsip

PUTRAJAYA – Amanat tahun baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai isyarat penting Malaysia sedang bergerak ke arah pembinaan sebuah Negara Madani yang berteraskan prinsip amanah, akauntabiliti dan kesejahteraan bersama,
 
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pengumuman itu selari dengan aspirasi rakyat terhadap kepimpinan berintegriti serta pentadbiran yang bertanggungjawab.
 
Menurut beliau, mencerminkan iltizam jelas Kerajaan MADANI untuk memulakan tahun 2026 dengan agenda reformasi institusi, keadilan sosial, pengukuhan ekonomi dan pemerkasaan rakyat.
 
“ABIM menyokong usaha menjadikan reformasi sebagai tunjang pentadbiran negara, khususnya melalui pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara, had tempoh jawatan Perdana Menteri, penubuhan institusi Ombudsman serta penggubalan Akta Kebebasan Maklumat.
 
“Langkah berkenan penting bagi mengukuhkan asas negara hukum dan mengekang salah guna kuasa secara berinstitusi. ABIM melihat tahun 2026 sebagai tahun ujian kepada keikhlasan dan keberanian reformasi.
 
“Kejayaan sebenar bukan diukur melalui jumlah pengumuman, tetapi melalui pelaksanaan dasar yang konsisten, telus, berintegriti dan berpaksikan keadilan sosial,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.


 
Dalam pada itu, Ahmad Fahmi berpandangan, agenda reformasi itu mesti disertai mekanisme pemantauan awam yang jelas, garis masa pelaksanaan yang boleh diaudit serta pelaporan berkala kepada rakyat bagi mengelakkan keletihan reformasi dan memastikan setiap komitmen dipertanggungjawabkan.
 
Katanya, ABIM berpandangan reformasi negara wajar diperluas kepada pembaharuan struktur yang masih belum disentuh secara tuntas, termasuk reformasi pembiayaan politik, pengukuhan kebebasan media, pemerkasaan peranan Parlimen serta hubungan yang lebih tersusun antara kerajaan dan masyarakat sivil.
 
“ABIM menekankan bahawa kejayaan reformasi ini memerlukan sokongan padu seluruh ekosistem negara, merentas parti politik, institusi kerajaan, masyarakat sivil dan rakyat.
 
“Reformasi tidak boleh digalas oleh kerajaan semata mata, sebaliknya menuntut kematangan politik dan kesediaan bersama meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan partisan,” katanya
 
Sehubungan itu, Ahmad Fahmi menegaskan ABIM akan terus berperanan sebagai rakan kritis yang konstruktif, menyokong setiap langkah yang memihak kepada rakyat serta menegur dengan hikmah dan tanggungjawab moral
 
“Ini demi memastikan Malaysia benar benar bergerak ke arah sebuah Negara Madani yang adil, berperikemanusiaan dan bermaruah,” katanya.
 

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman