VM2026 agenda penting perkasa pelancongan negara

PUTRAJAYA – Persediaan dan pelaksanaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) menjadi agenda penting Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam usaha meningkatkan ketibaan pelancong ke negara ini.

Perkara tersebut diperincikan dalam sesi pembentangan dan taklimat khas kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man pada Isnin.

Sesi taklimat itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, Chua Choon Hwa yang membentangkan visi, misi serta hala tuju sektor berkenaan.

Selain itu, taklimat berkenaan memberi penjelasan menyeluruh mengenai perancangan strategik dalam memperkukuh pertumbuhan industri serta memastikan pelaksanaan dasar berjalan dengan berkesan.

“Penekanan utama diberikan kepada persediaan VM2026 bagi memperkasakan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Sesi tersebut turut melibatkan pembentangan daripada lima bahagian dan tiga agensi di bawah sektor pelancongan yang memperincikan fungsi serta peranan masing-masing dalam menyokong pembangunan industri negara.

Related Posts

Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Izzah titip penghargaan dalam ucapan akhir sebagai Timbalan Presiden PKR

AYER KEROH – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyampaikan amanat akhirnya sebagai pemimpin nombor dua parti itu pada ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak