Inisiatif Jualan Rahmah bantu rakyat kurangkan kos persekolahan

MIRI – Golongan ibu bapa di sekitar bandar raya ini berpeluang menikmati penjimatan kos pembelian kelengkapan persekolahan anak-anak menerusi Program Jualan Rahmah Kembali ke Sekolah di Jun Rong Emart, Tudan.

Program yang berlangsung selama dua hari itu menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus bagi barangan keperluan seperti pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, pemilihan lokasi jualan tersebut adalah tepat memandangkan kawasan itu menjadi tumpuan ramai keluarga berpendapatan rendah.

Menurutnya, inisiatif itu memudahkan penduduk setempat mendapatkan kelengkapan sekolah pada harga yang lebih berpatutan.

“Program ini bertujuan membantu ibu bapa mengurangkan kos persiapan sekolah.

“Sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan ini membuktikan inisiatif sebegini sangat diperlukan rakyat,” katanya ketika meninjau jualan berkenaan pada Ahad.

Tambah beliau, program itu dianjurkan hasil kerjasama pasar raya berkenaan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.

Dalam tinjauan tersebut, Kim Shin turut meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung yang rata-ratanya melahirkan rasa syukur kerana dapat menjimatkan perbelanjaan.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu memaklumkan, dua lagi sesi Jualan Rahmah akan diadakan di kawasan Senadin bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengguna.

“Orang ramai boleh berkunjung ke The Fresh Mart pada 17 hingga 18 Januari ini dan SL Speedmart Bypass pada 28 hingga 29 Januari depan untuk mendapatkan barangan harian pada harga lebih rendah,” jelasnya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

KUANTAN – Seramai 300 mahasiswa anak Pahang menerima peruntukan RM1,000 seorang melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

SARIKEI – Kerajaan terus memperkukuh sektor agrikomoditi sebagai antara pemacu utama ekonomi negara dengan memastikan golongan pekebun kecil mendapat akses kepada bantuan, teknologi serta peluang pasaran. Menteri Perladangan dan Komoditi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan