Selangor percepat naik taraf paip air

Oleh: Syahrul Mubin

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sedang melaksanakan program jangka panjang bagi menaik taraf infrastruktur bekalan air, dengan memberi tumpuan kepada penggantian paip usang di seluruh Selangor.

Sehingga 30 September lalu, sebanyak 1,017 kilometer paip lama telah diganti, manakala 825 kilometer paip baharu siap dipasang. Usaha ini bertujuan mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) serta meningkatkan kebolehpercayaan sistem bekalan air negeri.

Air Selangor memaklumkan sekitar 300 kilometer paip berada pada peringkat reka bentuk tahun lalu , selain perancangan tambahan 300 kilometer projek penggantian bagi tahun ini.

Program ini menjadi teras pelan strategik syarikat untuk memastikan kelestarian jangka panjang, khususnya dalam menangani paip simen asbestos yang mudah bocor dan pecah, di samping melindungi kesihatan awam serta alam sekitar.

Sejak diperkenalkan pada 2016, sasaran penggantian paip sebanyak 150 kilometer setahun telah digandakan kepada 300 kilometer setahun bermula 2024 bagi mempercepatkan pelaksanaan.

Secara keseluruhan, Air Selangor menyasarkan penggantian kira-kira 6,000 kilometer paip lama berisiko tinggi, namun mengakui pelaksanaan berdepan cabaran seperti proses kelulusan permit yang panjang, penyelarasan antara agensi, gangguan sementara kepada orang awam, kekangan teknikal di tapak projek serta kekurangan kontraktor berkelayakan.

Dalam masa sama, Air Selangor menegaskan komitmen untuk menambah baik tadbir urus projek melalui pemantauan digital dan penglibatan komuniti yang lebih berkesan. Kerajaan Negeri turut menyokong usaha ini apabila memperuntukkan RM542.8 juta dalam Belanjawan Selangor 2026.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata , tambahan RM40.4 juta turut disalurkan kepada Program Penurunan NRW yang melibatkan pelbagai inisiatif teknikal bagi mengurangkan kebocoran dan gangguan bekalan air.

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/14XeYVwVjUp/

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills