Anwar arah ganti segera titi runtuh di Kuala Krai

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penggantian segera titi gantung yang runtuh di Sungai Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan, demi keselamatan dan kemudahan rakyat.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, arahan agar peruntukan disediakan bagi menggantikan jambatan berkenaan telah dikeluarkan.

“Perdana Menteri memandang serius insiden runtuhan sebuah titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai semalam yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa orang awam dan menjejaskan akses harian penduduk sekitar Kampung Pasir Jering, Dusun Ban, Dusun Bunut serta Kampung Batu Pagar.

“Kerja-kerja penggantian jambatan ini akan dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi memastikan tindakan pantas, berkesan, menjamin keselamatan dan akses penduduk setempat,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, lebih 50 tetamu menghadiri kenduri perkahwinan terjatuh ke dalam sungai apabila sebuah titi gantung runtuh secara tiba-tiba.

Kejadian sekitar jam 2 petang itu menyebabkan seorang lelaki patah kaki akibat terjatuh di atas batu, manakala kanak-kanak cedera di bahagian kepala selain tiga lagi alami luka ringan dan sesak nafas.

Penghulu Mukim Lata Rek, Mohd Zaki Saari memberitahu Sinar Harian, kejadian itu berlaku ketika rombongan pengantin lelaki bertembung dengan tetamu pengantin wanita di atas titi gantung berkenaan.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Perdana Menteri menzahirkan simpati dan keprihatinan mendalam kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu, khususnya pasangan pengantin dan keluarga yang diuji dengan musibah,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak