MINDET akan lancar program AI untuk usahawan PMKS tahun hadapan

KOTA KINABALU – Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah akan melancarkan Program Latihan Kecerdasan Buatan (AI) khusus untuk usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Sabah awal tahun 2026.

Menterinya yang juga Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkasa keupayaan digital dan daya saing usahawan PMKS di negeri ini.

Jelasnya, program itu akan dilaksanakan dengan kerjasama strategik antara MINDET dan Pepper Labs, susulan pertemuannya bersama delegasi syarikat tersebut yang diketuai Pengarah Urusannya, Thanaselan Rajendran.

“Saya menghargai cadangan kerjasama strategik di antara Pepper Labs dan MINDET Sabah bagi menjayakan Program AI untuk usahawan PMKS Sabah.

“Inisiatif ini akan dilancarkan pada awal tahun depan supaya usahawan kita turut membudayakan pengamalan AI dalam operasi perusahaan mereka,” katanya selepas menerima kunjungan daripada Pepper Labs, di pejabatnya Wisma Kewangan, di sini pada Rabu.

Ewon turut merakamkan penghargaan kepada Pepper Labs kerana memilih Parlimen Penampang sebagai lokasi pelaksanaan inisiatif perusahaan sosial yang dibiayai Kerajaan Persekutuan.

“Saya akan terus memberi tumpuan besar kepada pembangunan usahawan PMKS termasuk usahawan-usahawan perusahaan sosial (SE) dan perniagaan inklusif (IB) di Sabah,” katanya.

Related Posts

Program EAFM Lawas perkasa pemuliharaan ekosistem pesisir

LAWAS – Sebanyak 4,167 benih ikan siakap dilepaskan ke perairan umum manakala lebih 800 anak pokok bakau spesies Rhizophora ditanam menerusi Program Ecosystem Approach Fisheries Management (EAFM) Lawas 2026 di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SUKMA 2026 lebih berhemah, Selangor kurangkan acara istiadat

KUALA KUBU BHARU – Kerajaan Negeri Selangor akan mengurangkan beberapa acara istiadat sempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 sebagai langkah penjimatan kos, selaras dengan hasrat menganjurkan temasya secara lebih berhemah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program EAFM Lawas perkasa pemuliharaan ekosistem pesisir

Program EAFM Lawas perkasa pemuliharaan ekosistem pesisir

SUKMA 2026 lebih berhemah, Selangor kurangkan acara istiadat

SUKMA 2026 lebih berhemah, Selangor kurangkan acara istiadat

Sarawak mahu KKM, Kastam perketat sempadan halang dadah vape

Sarawak mahu KKM, Kastam perketat sempadan halang dadah vape

SJKC Krokop lancar bilik darjah pintar, perkasa pembelajaran digital

SJKC Krokop lancar bilik darjah pintar, perkasa pembelajaran digital

Jentera awam turun padang pacu agenda pembangunan Sarawak

Jentera awam turun padang pacu agenda pembangunan Sarawak

Inovasi AR guru Mukah raih empat anugerah antarabangsa

Inovasi AR guru Mukah raih empat anugerah antarabangsa