HARI ini, secara rasminya, seorang demi seorang figura politik dalam Perikatan Nasional (PN) meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2026. Peletakan jawatan ini sebenarnya boleh dibaca dengan mudah – sebagai respons kepada tekanan sebahagian pimpinan dari satu kapal yang sama, iaitu Pas yang vokal di media sosial.
1. Respons tekanan
Elite pressure dalam PN memuncak berikutan isu ketegangan di Perlis – yang mana suhu politiknya masih belum menunjukkan tanda-tanda reda. Kemelut ini dilihat langsung tidak memberi optik yang molek kepada PN.
2. Defisit kepimpinan
Teka-teki siapakah natural successor yang seterusnya untuk mengetuai PN kian hangat berlegar di laman media sosial.
Yang pastinya, percubaan PN untuk meraih undi bukan Melayu perlu dibaiki segera. Jika PN berfikiran undi bukan Melayu tidak signifikan – maka, boleh diabaikan.
3. Implikasi elektoral
Ini kata kunci yang paling menarik. Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, keupayaan menawan kerusi marginal adalah faktor penentu pembentukan kerajaan dengan selesa. Jika PN gagal menstruktur semula kepimpinan dan naratifnya, maka, akan wujud tiga (3) kemungkinan:
• Kekuatan di kubu tradisi mungkin kekal; atau
• Electoral Penetration di kawasan marginal berisiko menurun; atau
• Pengundi atas pagar cenderung untuk bersikap abstain atau mencari alternatif lain.
4. Muafakat Nasional 2.0?
Tiada komen. Cuma, secara realistiknya, adakah boleh dipersetujui oleh Presiden UMNO?
Tuntasnya, peletakan jawatan oleh sosok-sosok tubuh ini adalah ujian kematangan institusi politik PN. Keupayaan PN mengurus fasa ini akan menentukan sama ada ia kekal sebagai viable governing alternative atau mengukuh sebagai permanent opposition bloc dalam landskap politik Malaysia.




