Lantikan anak Sarawak sebagai menteri Persekutuan bukan agenda politik – Christopher Jemat

MIRI — Kenyataan yang mengaitkan pelantikan Chiew Choon Man dan Mordi Bimol sebagai agenda politik disifatkan sebagai dangkal serta gagal memahami kepentingan Sarawak untuk diperjuangkan secara berkesan di peringkat Persekutuan.

Menurut Christopher, selaku Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Sarawak, kenyataan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii, pada 22 Disember lalu seolah-olah mempertikai serta memperkecilkan lantikan tersebut, sekali gus mengabaikan mandat rakyat yang telah diberikan melalui proses demokrasi. 

Menurut beliau, Sarawak tidak pernah rugi apabila anak negeri dilantik menganggotai struktur kuasa Persekutuan. 

“Sebaliknya, Sarawak akan lebih merugikan diri sendiri sekiranya memilih untuk berdiam diri dan hanya menjadi pemerhati tanpa wakil yang berperanan secara langsung dalam pembentukan dasar negara.

“Lantikan YB Chiew Choon Man bukan bersifat simbolik atau umpan politik seperti yang cuba digambarkan. Ia adalah pengiktirafan terhadap mandat rakyat Miri, rekod kerja beliau yang konsisten serta keupayaan beliau menyuarakan kepentingan Sarawak di peringkat nasional,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, menolak hakikat tersebut hanya mencerminkan sikap prejudis politik yang sempit, selain menimbulkan tanggapan seolah-olah wakil rakyat Sarawak tidak wajar menyertai kepimpinan Persekutuan.

Katanya, pendekatan sedemikian bercanggah dengan semangat Persekutuan Malaysia, malah berpotensi melemahkan kedudukan Sarawak dalam rundingan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), peruntukan pembangunan serta dasar-dasar yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Beliau turut menegaskan bahawa Sarawak memerlukan suara yang tegas dan berwibawa di semua peringkat, sama ada di negeri mahupun di Persekutuan. 

Katanya, Choon Man telah membuktikan keberkesanan beliau sebagai Ahli Parlimen yang bekerja dan berfungsi, bukan sekadar berpidato.

“Persoalannya, adakah kenyataan sedemikian secara tidak langsung memperkecilkan keputusan pengundi Miri yang telah memilih YB Chiew sebagai wakil mereka di Parlimen?” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa politik yang menafikan sumbangan anak Sarawak hanya kerana perbezaan platform politik adalah pendekatan lama yang wajar ditolak oleh rakyat.

“Rakyat Sarawak khususnya Miri berhak mendapat wakil yang berani berada di medan sebenar kuasa, bukan sekadar memberi komen dari tepi gelanggang. Sebagai anak Miri, kita seharusnya berbangga apabila wakil bandar ini diangkat sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,” katanya.

Related Posts

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperketatkan proses saringan dan pengesahan terhadap pelarian serta tahanan warganegara Myanmar sebelum mereka dihantar pulang bagi memastikan hanya individu yang disahkan kewarganegaraannya dibawa kembali ke negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan