Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 5 tahun

PUTRAJAYA – Nilai ringgit meneruskan momentum pengukuhannya hari ini selepas dibuka mencecah paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh lima tahun di tengah-tengah minggu urus niaga yang singkat.

Pada jam 8 pagi, unit tempatan itu meningkat kepada 4.0410/0495 berbanding dolar AS daripada 4.0425/0515 pada penutupan Rabu.

Nilai mata wang negara pernah mencatat paras 4.0450/0443 pada 26 Februari 2021.

Sementara itu, bercakap kepada Bernama, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, minggu dagangan singkat susulan cuti itu dijangka menyaksikan pasaran mata wang lebih suram penghujung hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pelabur kekal optimis terhadap ringgit dengan dolar AS-ringgit berada pada paras paling kukuh dalam tempoh lima tahun.

“Lazimnya, ada kemungkinan berlaku aktiviti pengambilan untung, terutamanya apabila pasaran mengambil kira semua berita positif.

“Oleh itu, kami menjangkakan ringgit terus diniagakan dalam julat kecil 4.04 hingga 4.05 pada hari ini,” katanya.

Selain itu, ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ini termasuk mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5874/5930 daripada 2.5940/5999, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4578/4693 daripada 5.4647/4768 serta naik berbanding euro kepada 4.7615/7715 daripada 4.7697/7804 sebelum ini.

Ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding mata wang negara-negara ASEAN.

Berbanding dolar Singapura, ringgit naik ke paras 3.1460/1531 daripada 3.1506/1578, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9990/13.0352 daripada 13.0486/0705 sebelum ini dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 6.86/6.89 daripada 6.88/6.90.

Namun, ringgit susut sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 241.3/242.0 berbanding 241.0/241.8 sebelum ini.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK