Tiga tahun Anwar memimpin: Kestabilan politik dan reformasi pulihkan keyakinan rakyat

KEPIMPINAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tiga tahun menerajui Kerajaan MADANI disifatkan berjaya mengekalkan kestabilan politik negara serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan.

Felo Majlis Profesor Negara, Prof Dr Azmi Hassan berkata, pencapaian paling ketara sepanjang tempoh itu ialah keupayaan kerajaan mengekalkan kestabilan politik meskipun berdepan tekanan berterusan pembangkang yang berusaha menggugat kedudukan kerajaan.

“Dalam kemelut politik yang amat kuat ketika ini, pembangkang dilihat buntu untuk menjatuhkan kerajaan. Kestabilan ini menjadi asas penting kepada kelangsungan pentadbiran serta pelaksanaan dasar,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Mengulas lanjut, Azmi berkata memasuki tahun ketiga pentadbiran, Kerajaan MADANI turut menunjukkan keberanian politik dengan melaksanakan dasar tidak populis seperti rasionalisasi subsidi petrol menerusi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) serta penyasaran subsidi diesel, meskipun langkah berkenaan tidak popular dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat demi menyelamatkan perbelanjaan negara, dengan penjimatan sehingga RM800 juta seperti diumumkan Perdana Menteri dan membolehkan manfaat disalurkan semula kepada rakyat melalui bantuan bersasar seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Beliau berkata, fokus utama pentadbiran dalam tempoh berbaki kurang dua tahun adalah memperkukuh eksport negara dengan meneroka pasaran baharu bagi memastikan produk Malaysia kekal berdaya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi global.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, kepimpinan Perdana Menteri sepanjang tiga tahun lalu berjaya membentuk semula keyakinan rakyat dengan mengembalikan asas kepercayaan terhadap institusi kerajaan.

Menurut beliau, penegasan terhadap integriti, ketelusan pengurusan kewangan awam serta keberanian membetulkan kelemahan sistem lama memperlihatkan peralihan jelas daripada politik retorik kepada politik tanggungjawab.

“Keputusan sukar tetap dibuat demi kestabilan jangka panjang negara. Kesediaan kerajaan untuk ditegur, dikritik dan dipantau turut memberi isyarat bahawa kuasa tidak lagi bersifat mutlak, sebaliknya tertakluk kepada prinsip semak dan imbang demokrasi,” katanya.

Sivamurugan berkata, perubahan paling dirasai rakyat ialah peralihan dasar daripada pendekatan umum kepada dasar yang lebih bersasar dan berfokus kepada keperluan sebenar kumpulan sasar, khususnya dalam menangani isu kos sara hidup.

“Bantuan kini disusun berdasarkan data dan keperluan, bukan semata-mata pendekatan populis. Pada masa sama, reformasi institusi mula menunjukkan kesan melalui penambahbaikan tadbir urus, pengukuhan peranan Parlimen serta usaha memulihkan keyakinan pelabur,” katanya.

Ujarnya, Kerajaan MADANI turut menekankan keadilan sosial dan kemampanan dengan membantu golongan rentan tanpa menjejaskan disiplin fiskal negara, sekali gus mencerminkan hala tuju pembangunan yang lebih seimbang dan bertanggungjawab.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

Selangor diiktiraf UN Women model ‘bandar penyayang’ Asia Pasifik

Selangor diiktiraf UN Women model ‘bandar penyayang’ Asia Pasifik