Tiada cetakan kad warga emas dari JKM

PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan kesahihan Kad Warga Emas Malaysia yang tular di aplikasi media sosial yang mana agensi itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kad rasmi berkaitan perkara itu setakat ini.

JKM berkata, penularan maklumat palsu sedemikian boleh mengelirukan orang ramai terutamanya dalam kalangan warga emas dan ahli keluarga mereka.

“JKM mengambil maklum mengenai penularan maklumat di media sosial dan aplikasi WhatsApp berkaitan pengeluaran Kad Warga Emas Rasmi Malaysia.

“Sehubungan itu, JKM ingin menafikan kesahihan maklumat tersebut. Untuk makluman, tiada sebarang pengeluaran Kad Warga Emas Rasmi Malaysia oleh JKM,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Pada masa sama, JKM turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat yang tepat, sahih dan terkini melalui saluran rasmi agensi itu.

“JKM juga sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau rujukan berkaitan perkhidmatan dan permohonan bantuan melalui Talian Kasih 15999, WhatsApp 019-261 5999 yang beroperasi 24 jam atau dengan menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran.

“Kerjasama orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat tidak sahih amat dihargai bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat terus terpelihara,” katanya.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

SHAH ALAM – Semua sekolah di bawah lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor diarahkan tutup pada Jumaat susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar