Graduan perubatan dibenarkan guna gelaran ‘Doktor’ – MMC

GRADUAN perubatan dibenarkan menggunakan gelaran ‘Doktor’ bagi mencerminkan kelulusan akademik yang diperoleh walaupun mereka belum berdaftar sebagai pengamal perubatan dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

MMC dalam kenyataannya menjelaskan bahawa graduan program ijazah perubatan boleh memakai gelaran berkenaan sebagai penanda akademik mereka, namun penggunaan gelaran itu tidak memberi hak untuk bertindak sebagai doktor perubatan di Malaysia.

“Graduan ijazah perubatan dari program yang diiktiraf boleh menggunakan gelaran ‘Dr’ untuk mencerminkan kelayakan akademik mereka,” kata MMC dalam kenyataan itu, sambil menegaskan pendaftaran dengan MMC dan memiliki sijil Perakuan Amalan Tahunan (PAT) adalah syarat wajib untuk mengamalkan perubatan di negara ini mengikut Akta Perubatan 1971 dan peraturan yang berkaitan.

MMC menambah bahawa pendaftaran sebagai pengamal perubatan hanya dibenarkan selepas seseorang graduan lulus peperiksaan perubatan yang ditetapkan dan melengkapkan latihan ‘housemanship’ di hospital yang diiktiraf di Malaysia.

“Sebagai prinsip am, semua individu yang ingin mengamalkan perubatan di Malaysia mesti berdaftar dengan MMC dan memegang sijil amalan tahunan yang sah,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan MMC itu muncul susulan persoalan mengenai gelaran ‘Dr’ pada nama Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Dr Muhammad Taufiq Johari, selepas pemeriksaan mendapati beliau tidak berdaftar dengan MMC sebagai pengamal perubatan ketika ini.

Related Posts

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan menghadapi prosiding reman berasingan sebelum menghadapi pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen 2, pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

2 maut kereta terbabas langgar pokok

2 maut kereta terbabas langgar pokok

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat