YaPEIM mula agih bantuan banjir RM2.7 juta

KUANTAN – Sejumlah RM500,000 daripada RM2.7 juta sudah dibelanjakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk pemberian bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, bantuan itu melalui Program Bantuan Banjir YaPEIM 2025.

Ia diharap membantu meringankan beban dan ujian dihadapi mangsa banjir.

“Alhamdulillah, bantuan ini mendapatkan kerjasama daripada agensi dan jentera kerajaan dalam membantu mangsa banjir.

“Pada masa sama, ia membuktikan bahawa kerajaan berjaya menguruskan bencana dalam negara dengan baik,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Misi Bantuan Pasca Bencana Skuad Ihsan Madani (Hal Ehwal Agama) di KAFA Al-Ubudiah Al-Jariah Taman Guru di sini, hari ini.

Pada program itu, seramai 300 mangsa banjir dari kawasan Perumahan Taman Guru dan Kampung Teluk Mahang menerima wang tunai dan barang keperluan bernilai RM100.

Pada masa sama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyerahkan bantuan 50 bakul makanan dan kit solat bernilai RM15,000, diikuti Jabatan Agama Islam Wilayah menyerahkan 80 lampin pakai buang bernilai RM3,000.

Selain itu, bantuan 200 kit kebersihan bernilai RM6,000 disumbangkan Yayasan Dakwah Islam Malaysia dan 300 pek barangan iaitu selimut, toto dan kain batik, pelikat bernilai RM33,000 sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan yang keseluruhannya bernilai RM118,000.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

DAKWAAN kerajaan negeri Terengganu berjaya menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam satu penggal membawa mesej pencapaian yang besar. Namun, tanpa perincian tentang jenis pekerjaan dan jumlah pekerja yang benar-benar ditempatkan, angka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam