Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

SANDAKAN – Cubaan menyeludup 360 liter minyak petrol bersubsidi menggunakan sebuah bot berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan dalam operasi di perairan Sungai (Sg) Sabine, di sini, pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Suhairy Hussain berkata, bot berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika Bot Peronda Maritim Malaysia melaksanakan Op Sejahtera, Op Cegah PATI (OCP) dan Op Tiris 4.0.

“Sebaik dihampiri anggota penguat kuasa, dua individu yang dipercayai kru bot bertindak terjun ke kawasan bakau sebelum melarikan diri ke dalam hutan.

“Hasil pemeriksaan menemukan 18 jerican disyaki mengandungi 360 liter minyak petrol bersubsidi selain dua enjin sangkut Yamaha berkuasa 40 dan 15 kuasa kuda.

“Kesemua rampasan bersama bot dianggarkan bernilai RM23,300 sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk tindakan lanjut,” ujarnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa permit atau kebenaran yang sah serta Peraturan 12 Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana disyaki menyalahgunakan lesen membawa barangan kargo.

“Tindakan sindiket menjalankan aktiviti penyeludupan pada waktu siang menunjukkan mereka semakin berani dalam usaha mengaburi pihak berkuasa.

“Maritim Malaysia akan terus memperhebat rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi mengekang kegiatan penyeludupan serta memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara terus terpelihara,” tegasnya.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu