UMNO, BN Sabah sambut baik Mohd Naim sebagai calon PRK Kinabatangan

KINABATANGAN – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik keputusan meletakkan anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Mohd Naim Kurniawan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, dalam kerangka sains politik, kesinambungan kepimpinan tidak hanya berasaskan faktor keturunan, sebaliknya perlu disokong oleh legitimasi organisasi, penerimaan akar umbi serta keupayaan membawa mandat rakyat.

Beliau berkata, Naim memenuhi ketiga-tiga prasyarat itu apabila pemilihannya dibuat melalui pertimbangan institusi parti, mendapat sokongan jentera akar umbi serta membawa nilai kesinambungan perjuangan yang diterjemahkan melalui khidmat, bukan sekadar simbolik.

“PRK Kinabatangan bukan ujian terhadap individu semata-mata, sebaliknya ujian kepada kestabilan institusi politik, kepercayaan rakyat dan keupayaan BN mengekalkan mandat pembangunan di kawasan yang strategik dan mencabar,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.

Menurut Jafry, UMNO Sabah akan terus berdiri teguh, bersatu dan fokus bagi memastikan suara rakyat Kinabatangan sentiasa terbela secara berprinsip, berwibawa dan berterusan.

Related Posts

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menegaskan kehadiran Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dalam sebuah majlis kempen politik di Johor baru-baru ini adalah atas kapasiti peribadi beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima