PRK Kinabatangan: Calonkan anak Allahyarham Bung Moktar langkah berani BN

PUTRAJAYA – Keputusan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencalonkan Mohd Naim Kurniawan Bung Moktar sebagai calon Parlimen Kinabatangan disifatkan sebagai satu langkah strategik yang berani dan berpandangan jauh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, keputusan itu juga mencerminkan komitmen jelas kepimpinan parti untuk membuka ruang kepimpinan kepada generasi muda secara serius, bukan sekadar simbolik.

“Pencalonan Mohd Naim juga berlandaskan faktor reputasi baik, visi yang jelas serta telah lama berkhidmat kepada rakyat di Kinabatangan.

“Rekod perkhidmatan, kefahaman terhadap isu setempat dan konsistensi turun padang menjadikan beliau calon yang berwibawa serta diyakini masyarakat akar umbi,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidy berkata, pencalonan Mohd Naim juga menjadi bukti nyata bahawa proses rejuvenasi dalam UMNO dan BN sedang berlaku secara berperingkat, tersusun dan semakin berkembang.

“Apabila anak muda diberi kepercayaan di medan sebenar, BN sedang membina masa depan parti yang lebih segar, progresif dan selari dengan aspirasi rakyat hari ini,” katanya. 

Pada Sabtu, Ahmad Zahid mengesahkan pencalonan Mohd Naim sebagai wakil BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan yang dijadual diadakan pada 24 Januari depan.

Mohd Naim yang juga anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dipilih bagi mempertahankan kerusi yang ditinggalkan arwah bapanya itu pada PRK tersebut yang dijadualkan diadakan 24 Januari depan.

Kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag kosong selepas penyandangnya, Allahyarham Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah meninggal dunia pada 5 Disember lepas.

Related Posts

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

KUALA LUMPUR – Parti-parti politik yang menolak sentimen perkauman dan agama disaran meneladani diplomasi serta fleksibiliti Perjanjian Hudaibiyah dengan bersedia ‘duduk semeja’ mengadakan rundingan kerusi bagi mendepani Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

KOTA KINABALU – Belanjawan 2027 perlu memberi tumpuan lebih besar kepada peningkatan pendapatan rakyat, selain memastikan bantuan dan subsidi bersasar terus berfungsi sebagai jaringan keselamatan kepada golongan yang memerlukan. Pensyarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS