Pembangkang jangan selalu main isu sensitif

KUANTAN – Pemuda UMNO Indera Mahkota menasihatkan pemimpin pembangkang untuk lebih berhati-hati dalam memainkan isu, terutama membabitkan bencana seperti banjir.

Ketuanya, Nik Mohd Ridzuan Kamarudin berkata, tindakan segelintir pimpinan daripada parti pembangkang memainkan sentimen tertentu dengan tujuan membangkitkan kemarahan penduduk adalah sangat dikesali.

“Tuanku Sultan Pahang pun sudah bertitah agar tidak mempolitikkan isu berkaitan pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS), jadi kita kena hormat dan akur.

“Macam dalam isu banjir di PR1MA Pahang Sungai Karang, kita dah ambil tindakan segera dengan mengadakan pertemuan dengan pemaju dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

“Arahan segera juga sudah dikeluarkan MBK kepada kontraktor bertanggungjawab supaya menyelesaikan secepat mungkin bagi menghilangkan rasa bimbang penduduk atau pemilik rumah PR1MA di sini,” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang turun padang sendiri ketika kawasan berkenaan dinaiki air.

Katanya, kerja naik taraf longkang dan sistem ‘saliran lepas’ bagi taman perumahan itu sudah dimulakan.

“Memang kerja naik taraf sudah dibuat selepas banjir berlaku di sini hujung November lalu, tapi (kerja) dihentikan susulan hujan lebat sepanjang minggu lalu.

“Insya-Allah… perkara ini dalam bahasa perhatian dan tindakan MBK, pemaju dan juga kontraktor dilantik.

“Datuk Bandar MBK juga memberi jaminan, langkah bagi mengurangkan kesan banjir kepada penduduk di PR1MA Sungai Karang sedang dalam tindakan,” jelasnya.

Related Posts

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

PUTRAJAYA – Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat telah berjaya meletakkan semula Malaysia pada landasan ekonomi yang lebih stabil, kredibel dan berdaya saing di peringkat antarabangsa berbanding era…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan ummah atau perceraian politik?

‘PERPADUAN Ummah’ ialah antara slogan paling kerap diulang oleh Pas dalam dua dekad terakhir. Ia kedengaran mulia, menyentuh emosi umat Islam dan memberikan gambaran bahawa Pas ialah parti yang sentiasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng – Mufti Kedah

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng – Mufti Kedah