Tiada bulan madu untuk anggota Kabinet baharu

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa tiada tempoh bulan madu diberikan kepada anggota Jemaah Menteri yang baharu dilantik atau bertukar portfolio, sebaliknya mereka perlu segera memahami pengurusan serta dasar kementerian masing-masing sebelum membuat sebarang keputusan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, meskipun Perdana Menteri tidak menetapkan sebarang tempoh khusus kepada anggota Kabinet yang baharu, namun penegasan itu jelas menunjukkan pendekatan tegas kerajaan dalam memastikan keberkesanan pentadbiran.

Menurut beliau, perkara berkenaan disampaikan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung semalam.

“Perdana Menteri mengalu-alukan semua menteri baharu dan memberi peringatan tegas supaya tidak membuat keputusan dalam tempoh terlalu singkat.

“Berikan ruang kepada pegawai dan penjawat awam menyampaikan pandangan sebelum sebarang keputusan dasar dibuat.

“(Namun), tiada tempoh khusus diberikan (kepada mereka), tetapi sangat jelas ‘no honeymoon’ rakan-rakan menteri baharu,” katanya pada sidang media mingguan pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di Auditorium Seri Angkasa, Kompleks Angkasapuri Kota Media, di sini, hari ini.

Fahmi berkata, terdapat dalam kalangan menteri baharu yang masih belum memahami sepenuhnya sistem serta tatacara Mesyuarat Jemaah Menteri, justeru penelitian sedang dilakukan bagi memastikan kefahaman menyeluruh sebelum sebarang keputusan penting dibuat.

“Namun saya percaya Perdana Menteri akan memantau secara dekat melalui Mesyuarat Jemaah Menteri bagi memastikan sebarang isu pentadbiran dalam kalangan anggota Kabinet dapat diuruskan dengan segera,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa satu pemukiman Jemaah Menteri akan diadakan pada Januari tahun depan bagi memastikan hala tuju, objektif serta matlamat kerajaan yang ditegaskan Perdana Menteri dapat difahami sepenuhnya oleh semua anggota Kabinet.

“Pemukiman ini juga bagi memberi ruang kepada semua menteri membuat persiapan rapi dalam menghadapi cabaran serta pelaksanaan agenda kerajaan bagi tahun 2026,” katanya.

Pada Selasa, Perdana Menteri mengumumkan rombakan Kabinet membabitkan 28 menteri dan timbalan menteri, termasuk pertukaran portfolio serta lantikan baharu sebagai langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran dan memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan dengan lebih berkesan.

Rombakan itu turut membabitkan pertukaran portfolio menteri sedia ada, enam timbalan menteri serta pelantikan seorang muka baharu yang diangkat sebagai menteri penuh.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar